Bengkel latihan PPIMM Zon Tengah tahun 2011 sudah selesai

Original Image

AlhamdulillahBersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang sekali lagi kepada Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) / Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (MBfPC) untuk menjalankan bengkel latihan siri yang kedua bagi tahun 2011. Bengkel untuk tahun ini dimulakan di Zon Tengah yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bengkel ini telah diadakan selama 4 hari, iaitu 2 minggu berturut-turut, pada 9, 10, 16 dan 17 April yang lalu.

Peserta yang terlibat pada kali ini adalah seramai 24 orang yang masing-masing datang dari kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan juga Kuantan. Bengkel ini diadakan di Rumah Jannatul Firdaus, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kesemua peserta bersemangat untuk menimba ilmu yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih yang telah lama berada di dalam bidang penyusuan ini. Setiap modul yang diberi dilaksanakan dengan begitu bersungguh-sungguh. Kesungguhan mereka ini membuktikan mereka sangat berjiwa kental dalam memartabatkan penyusuan ibu di Malaysia.

Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Walaupun ada yang datang membawa bersama anak mereka, tetapi ia bukan penghalang bagi seseorang ibu itu untuk menamatkan bengkel ini. Dengan melayan kerenah anak mereka dan juga perlu bersungguh-sungguh memahami apa yang disampaikan oleh jurulatih.

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah bersemangat dan bersungguh-sungguh menamatkan latihan ini walaupun perlu berulang-alik dari rumah masing-masing. Tahniah kerana anda telah menjadi sebahagian daripada warga PPIMM! Semoga ilmu yang disampaikan ini akan membantu anda untuk memberi galakan dan sokongan kepada ibu-ibu di luar sana yang memerlukan nasihat anda.

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Kami di pihak penganjur berharap agar Bengkel latihan untuk Zon Pantai Timur juga akan berjalan dengan lancer pada 13 15 Mei di Terengganu. Kepada yang berminat, boleh menghantar butir peribadi anda kepada admin@malaysianbfpc.org

Disediakan oleh : Nur Ain Sha’ari
Disemak oleh : Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC