Bengkel Penyusuan Susu Ibu di Bank Islam, Jalan Dungun

Original Image

Alhamdulillah Pada 18 Februari 2011, Puan Nor Kamariah, Perunding Laktasi di SusuIbu.Com telah dijemput untuk mengadakan bengkel untuk pekerja-pekerja di Bank Islam, Jalan Dungun, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Bengkel ini diadakan selama dua jam. Pihak kami juga mengadakan sedikit jualan produk-produk keluaran Nurturing Concepts Sdn Bhd untuk diperkenalkan kepada mereka yang hadir.

Bengkel ini disertai lebih kurang 30 orang pekerja Bank Islam. Latar belakang hadirin berbeza-beza, ada antara mereka adalah ibu kepada 3 orang anak, ibu yang sedang manyusukan, bakal-bakal ibu dan juga yang belum mempunyai anak. Mereka kelihatan begitu bersemangat dengan bengkel yang diadakan ini.

Topik bengkel ini adalah topik yang sering menjadi bualan dan dianggap masalah bagi kebanyakan ibu-ibu yang menyusu. Dengan topik Managing Low Milk Supply, Puan Kamariah memulakan bengkelnya dan menghuraikan topik ini. Suasana di dalam bilik bengkel ini sangat tenang. Masing-masing memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang disampaikan oleh Puan Kamariah.

Puan Kamariah sering menekankan bahawa Mengosongkan payudara dengan lebih kerap akan menghasilkan lebih banyak susu dalam badan. Ini bermakna, lagi kerap kita mengosongkan payudara, lagi banyak susu yang akan terhasil. Setiap 24 jam, paling minimum kekerapan untuk mengosongkan payudara adalah 8 ke 12 kali, samada dengan menyusukan anak secara terus ataupun melalui pam dan juga perahan tangan

Begitulah sedikit sedutan daripada banyak lagi info menarik yang disampaikan dalam sesi ceramah tersebut.

Seterusnya, peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan dan mereka diminta berbincang mengenai topic yang diberikan untuk melihat respon dan kefahaman peserta bengkel terhadap apa yang telah disampaikan. Antara topik yang diberi ialah :

1. Mengapa kita perlu Memperbanyakkan Susu Ibu?
2. Bagaimana Hendak Membanyakkan Susu Ibu?
3. Apakah Cabaran untuk Memperbanyakkan Susu Ibu?
4. Apakah Bahan/Makanan yang anda tahu yang boleh membantu Memperbanyakkan Susu Ibu?

Sebagai kesimpulan daripada bengkel ini ialah:
1. Kekerapan mengosongkan payudara ialah cara sebenar yang akan menghasilkan lebih banyak susu. Jika ingin mengambil bahan-bahan untuk membanyakkan susu, ingatlah, bahan tersebut hanya akan membantu untuk tempoh sementara sahaja.
2. Susu yang terhasil adalah mengikut demand atau kehendak anak itu sendiri. Setiap ibu yang menyusu tidak semestinya mempunyai kuantiti produksi susu yang sama. Jadi tidak perlu untuk membandingkan susu ibu yang diperoleh dengan orang lain.
3. Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, tidak perlu mempunyai jadual yang spesifik untuk mengosongkan payudara kerana jadual ini mungkin akan memberi tekanan kepada anda. Jadi, bagi ibu bekerjaya, jika anda mempunyai masa lapang, kosongkanlah payudara anda pada waktu itu.

Susu ibu akan berkurang sekiranya:
1. Tidak mengosongkan payudara dengan kerap
2. Jika anda datang haid atau mengandung. Sekiranya susu anda merudum secara mendadak, anda mungkin mahu membuat ujian kehamilan untuk memastikan samada anda mengandung atau tidak. Jika tidak, kemungkinan anda akan datang haid dalam masa terdekat atau ada faktor-faktor lain yang perlu dikenalpasti.

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Oleh : Nur Ain Sha’ari
Disemak oleh : Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC