Kelahiran SusuIbu.com

SusuIbu.com baru saja dilahirkan ke dunia maya. Tujuannya untuk membimbing para ibu dalam memberikan nikmat yang paling berharga buat si kecil -- susu ibunya sendiri. Dalam kesibukan si ibu menjalankan tugas harian, baik di rumah atau di pejabat (atau keduanya sekali), si kecil tetap mengharap kasih dari si ibu, baik berupa kasih sayang serta perhatian, atau khasiat semulajadi untuk pembesaran yang sihat. Betapa indahnya pemberian Tuhan kepada si ibu dan anak! Tiada tolok bandingnya.