Kursus Pengurusan Laktasi (18 jam) di PPUM

Pada 26 Julai hingga 28 Julai, 2004 SusuIbu.com telah menghantar wakil menyertai Kursus 18 jam Pengurusan Laktasi Anjuran Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Susu Ibu PPUM. Kursus ini diadakan dengan tujuan membimbing kakitangan Pusat Perubatan tersebut dalam usaha mencapai status “Hospital Rakan Bayi”. Bagi pihak SusuIbu.com, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima ahli kamiuntuk sama-sama mengikuti kursus tersebut. Justeru itu, sebagai timbal balas, laman web ini akan menerbitkan artikel-artikel berdasarkan ceramah-ceramah yang telah dihadiri pada sepanjang kursus tersebut dijalankan. Diharapkan maklumat yang akan dipaparkan dapat dijadikan panduan kepada semua pembaca.