Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Carian

Advanced Search

Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!

 
 
Bila Doktor Menjadi Ibu...
  Posted on Thu 27 Jan 2005 (4207 reads)
Semasa Raya Haji yang lepas, saya berkunjung ke rumah abang saya yang baru pulang dari luar negara. Semasa bersembang dengan kakak ipar saya, biasalah beliau bercerita pelbagai isu semasa. Seperti biasa, antara topik yang wajib dibincangkan adalah topik penyusuan. Kebetulan, kakak ipar saya ini bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital universiti di Malaysia. Beliau sering menceritakan kekesalan beliau tentang kurangnya kesedaran ibu-ibu untuk menyusukan anak sendiri, semasa beliau bertugas . Kali ini, beliau menceritakan pengalaman beliau menasihatkan seorang pelajar perubatan (yang seharusnya lebih arif tentang khasiat dan kepentingan penyusuan susu ibu) untuk menyusukan bayinya.

Menurut kakak ipar saya, pelajar ini telah bersalin semasa sedang belajar di tahun akhir. Oleh kerana beliau sudah dekat untuk menamatkan pembelajarannya, ibu muda ini langsung tidak mahu menyusukan bayinya kerana katanya "saya hanya dapat cuti 14 hari dan susahlah saya nak meneruskan penyusuan sebab anak ini saya hantar balik ke kampung". Puas kakak ipar saya memujuknya supaya mencuba juga menyusukan anak itu, sekurang-kurangnya berikanlah nikmat kolostrum kepada bayi yang dahagakan khasiat susu ibu itu. Sebaliknya, apabila kakak ipar saya kembali ke bilik pelajar ini, beliau sudah bersedia dengan botol susu formula di tangan, sedangkan peraturan di hospital itu tidak membenarkan botol susu dibawa masuk. Apa nak dikata, pesakit itu adalah bakal doktor, sedangkan kakak ipar saya hanyalah jururawat yang hanya mampu memberikan pandangannya sahaja.

Pada pandangan saya, jika kita benar-benar tahu tentang khasiat susu ibu, apalah salahnya berkorban sedikit untuk bayi itu sewaktu dia memerlukan kasih dari ibunya. Jika perlu melanjutkan tempoh pembelajaran kerana hendak memberikan yang terbaik kepada bayi itupun masih berbaloi. Malangnya, orang yang sepatutnya lebih mengerti mengenai khasiat susu ibu ini pun, tidak mahu berbuat demikian, apatah lagi insan lain yang memang kurang pengetahuan dan kemudahan untuk meneruskan penyusuan. Saya bimbang jika lebih ramai graduan perubatan di negara ini, mempunyai sikap yang sama seperti pelajar yang diceritakan di atas. Bagaimana hendak menggalakkan pesakit mereka nanti untuk menyusu jika mereka sendiri tidak cuba untuk mempraktikkannya.

Memang susah dan memang banyak cabarannya untuk meneruskan penyusuan, lebih-lebih lagi bagi ibu yang masih menuntut di menara gading. Tetapi seharusnya, ibu-ibu ini sudah mempertimbangkan lebih dahulu lagi tentang keadaan tersebut sebelum menjejakkan kaki ke jinjang pelamin kerana jika tidak sanggup memikul tugas sebagai ibu, haruslah juga dipertimbangkan kesediaan untuk menjadi isteri.

Alang-alang menyeluk budu, biarlah sampai ke pangkal lengan,
Alang-alang menjadi ibu, susukanlah anak sampai kenyang.

Wallahu A'lam.

Mama
Index :: Print :: E-mail
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Poster Thread
ezzuramd
Posted: 2005/8/14 8:07  Updated: 2005/8/14 8:07
Rakan Arif
Joined: 2005/7/24
From: bandar bukit mahkota kajang
Posts: 407
 saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
cerita saya pun lebih kurang je cerita td tp cerita saya on the positive side...saya pregnant masa final year blajar medic...bersalin sebulan slps final exam..sejak awal mengandung mmg saya nak breastfeed baby saya...saya kagum dgn lectruer saya, dia dpt triplets (kembar 3) dan dia breastfeed babies dia..! kalau dia boleh, mesti saya boleh!..

so, bila saya terjumpa artikel psl avent isis pump (as natural as your baby), saya berminat nak membelinya..walaupun tak berduit lg, saya bgtau mak saya and she is supportive enough to buy me that pump...tak sabar rasanya nak guna pam tu...

bila bersalin, 1st few days tu mmg takda susu...rasa sedih n nak menangis bila fikirkan "jgnla aku takde susu...sian kat mak dah beli pam mahal2 utk aku.."...saya doa agar susu cepat keluar n dpt bg baby n dpt pam guna pam yg mahal tu... alhamdulillah 2 hari selepas bersalin, susu keluar mencurah2...dpt guna pam tu n dpt breastfeed baby...happy sgt...

smpi sekarang rasa nikmat susukan baby sendiri...mak2 sedara, cousin2 yg tak breastfeed/breastfeed kejap je anak diorg kagum dgn saya...saya akan terus sebarkan n bg semangat utk sesiapa yg baru bersalin...

kwn2 saya yg bersalin masa belajar dulu, cuti 2 minggu juga...tak tahu laa kalau diorg breastfeed anak diorg lama ke tak..rasanya tidak...maybe lepas ni diorg dpt breastfeed their next child...

i'm building up my frozen breastmilk stocks n alhamdulillah...dah penuh freezer...

Poster Thread
aznur95
Posted: 2005/11/9 0:09  Updated: 2005/11/9 0:09
Kenalan Baru
Joined: 2005/11/8
From: Klang
Posts: 1
 Re: saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
hi,

nama saya azan,
suami kepada seorang doktor yang baru bergelar ibu.
anak kami kembar.
Isteri saya dari awal lagi dah apply cuti tanpa gaji untuk breastfeeding.
Tapi, tak dapat bersalin normal. dah cuba tapi baby kedua dah tak tahan.

anyway, saya harap lebih ramai para ibu sedar akan betapa perlu nya susu ibu.

Poster Thread
atifmaira
Posted: 2007/9/4 10:08  Updated: 2007/9/4 10:08
Kenalan Baru
Joined: 2007/8/22
From:
Posts: 16
 Re: saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
saya adalah salah sorang kwn ezzuramd yg cuti bsalin masa study.masa pregnen 1st, mmg xbrapa arif pasal ibu boleh ebm.. plus awal2 dah ditekankan supaya mixup dgn formula. kalau x, org lain xnak tolong apa2 kalau baby melalak.lebih kurang gitu la. skrg saya myesal la dan kesian kat anak first sbb x merasa susu ibu.
now 2nd baby, suasana sekeliling sama gak. tapi saya btekad nak susukan baby juga. alhamdulillah dah 35 days still exclusive bf + dah mula pam utk buat stok. saya buat2 degil walaupun org kata saya xboleh nyusukan lama2 sbb body and breast kecil, nanti body x cantik la.doakan kejayaan saya.

Poster Thread
puterisara
Posted: 2007/9/6 12:43  Updated: 2007/9/6 12:43
Kenalan Baru
Joined: 2007/9/5
From: AMPANG
Posts: 31
 Re: saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
semoga anda berjaya fully breast feed baby anda secara ekslusif...

Poster Thread
syanaz
Posted: 2007/12/11 11:00  Updated: 2007/12/11 11:00
Kenalan Baru
Joined: 2007/8/21
From:
Posts: 45
 Re: saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
atifmaira.........pedulikan ckp org...bukan sbb saiz breast atau badan pengaruhi EBM ok teruskan usaha....ok

Poster Thread
ibu_qis
Posted: 2009/4/30 14:19  Updated: 2009/4/30 14:19
Kenalan Baru
Joined: 2009/4/29
From:
Posts: 13
 Re: saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
atifmaira..and other mothes yang exclusively bf..
jgn putus asa and biarlah apa org nak kata.saya ada baca satu artikel yg menyatakan susu badan adalah hak anak..maka berdosa la kita when we denying their right. that article membuatkan saya lagi bersemangan nak exclusively bf my baby who is now baru 4mths
saya nak share my sad experience..baru je jadi minggu lepas..masa balik dari kerja..
saya ke dapur nak simpan susu yang saya pump kat ofis..sampai kat dapur terkejut saya bila pintu freezer saya TERNGANGA!!
habis semua EBM dalam freezer cair...
adalah dalam 40 botol (at least 5 oz each..)..tuhan je yang tau perasaan saya masa tu..sedih tgk hak anak saya rosak..
tapi the next day saya kuatkan semangat nak kumpul balik stok macam dulu
alhamdulillah..husband ngan mak ngan kengkawan banyak support...
so..apa pun..JGN PUTUS ASA!!

Poster Thread
syanaz
Posted: 2007/12/11 10:58  Updated: 2007/12/11 10:58
Kenalan Baru
Joined: 2007/8/21
From:
Posts: 45
 Re: saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
bangga n bertuah rasanya jd ibu yg dpt susukan anak sendiri..alhamdulillah..sy pun menghadapi cabaran dan dugaan semasa mengambil keputusan menyusukan anak 100%...alhamdulillah galakan dr suami yg kuat membuatkn sy bersemangat menyusukan bb......xrugi ibu-ibu berkorban masa tido, masa makan, amsa shopping tukm enyusukan anak...mudah2 mudahn anak hasil dr susu badan sendiri menjadi anak yg baik yg tak akan menghantar ibu-ibunya ke runah org2 tua...insyallah...

Poster Thread
aslawati
Posted: 2009/8/1 0:14  Updated: 2009/8/1 0:14
Kenalan Baru
Joined: 2009/4/29
From: KUALA TERENGGANU
Posts: 8
 Re: saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
alhamdulillah setakat ni saya berjaya breastfed kedua2 puteri saya aqilah (3 tahun) dan Asiah (3 bulan). saya seorg pegawai perubatan dan sekrg tgh ambik master. saya bersalinkan aqilah masa saya baru join master program. Cuti bersalin cuma 40 hari (itupun atas ihsan my bos, kalau tak 2 minggu je). saya mmg berazam nak breast feed, so alhamdulillah berjaya exclusively breastfed kan Aqilah sampai dia berumur 1 tahun. sekrg ni saya tgh breast fed kan asiah (3 mth old) dan saya berazam utk breast feed kan dia sampai 2 tahun, Insya Allah. mmg mcm2 dugaan saya hadapi, saya bekerja tak tentu masa baliknya, oncall, pastu nak study lagi tp saya mesti curi2 masa utk EBM. saya still breast feeding masa study, rasa seronok gak sambil baca buku ke, surf internet ke, sambil tu breastfeeding.. sambil tu jugak my baby intai apa yg mommy dia buat. saya masih teringat lg masa saya ambik exam part 1 master, masa tu Aqilah berumur 8 bulan, bayangkan Aqilah bergelumang di tgh2 notes saya dan yg bestnye dia pun study sama....Alhamdulillah saya pass exam. kesimpulannya, sesibuk mana pun kita, ingatlah anak adalah anugerah yg tak ternilai yg Allah berikan pada kita, dan Allah juga telah berikan susu yg terbaik untuk mereka, jadi jgn sia-siakan anugerah ini.

Poster Thread
DrAini
Posted: 2009/9/16 11:39  Updated: 2009/9/16 11:39
Kenalan Baru
Joined: 2009/5/16
From: Ireland
Posts: 59
 Re: saya ingin menjadi doktor-ibu berjaya
i guess my story is almost the same as well. saya bersalin 2 months short of my final exams. and both hubby and i were sitting for our final med exams that year so it was quite hectic!

alhamdulillah, i received enormous support from my family, friends, colleagues & lecturers to go on with breastfeeding. my baby has never received a drop of formula till today.

Poster Thread
jillian4
Posted: 2009/11/20 13:34  Updated: 2009/11/20 13:34
Kenalan Baru
Joined: 2009/11/20
From:
Posts: 1
 Re: Anggugu Breastfeeding & Parenting Forum
 
 


Online Shopping
Shopping your breastfeeding needs at SusuIbu.com Your Online Shopping Centre!! Visit us today!

Siapa di Sini
29 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel Dalaman)

Members: 1
Guests: 28

kayzri, more...

Members Baru
tinee 2010/2/9
Syeren 2010/2/9
farahamiza 2010/2/9
airus 2010/2/9
izaisa 2010/2/9
umifa 2010/2/9
ummujannah 2010/2/9
ummifikri 2010/2/8
adiellala 2010/2/8
mamaiz 2010/2/8