Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
35 user(s) are online (23 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 35

more...

Members Baru
mlyuki 2014/4/18
TSteinmet 2014/4/17
HNoyes 2014/4/17
HCaple 2014/4/16
tikarasha 2014/4/16
Snowball99 2014/4/16
S9069 2014/4/15
JOgle 2014/4/14
CLipscomb 2014/4/14
ummiteeya 2014/4/14


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 3 4 ... 18 »


Kaedah Perancang Keluarga
#1
Kenalan Baru
Info
assalammualaikum ibu2 semua,

saya nak mintak pendapat ibu2 yg berpengalaman mcm mana nak kaedah nak 'merancang'. Maksudnya, saya br 5 bulan stgh..setakat sekarang saya masih belum period...dan saya tak mengambil apa2 kaedah untuk protection..hehehehe... takut gak dapat baby ke2 dlm masa terdekat ni sbb fobia beranak sulung tu tak abis lagi!!!
Maybe period lambat sbb saya fully breastfeeding amir..tapi kena ambik langkah awal gak...supaya tak..'by accident'..hehehehehe....
hubby tak bg ambil pil perancang sbb pengalaman kakak2 dia ambik..pas nak dapatkan anak seterusnya susah sangat....kalau suruh guna kondom taknak lak...
bantu lah saya ibu baru yg kurang pengetahuan ni...tengs..

Posted on: 2007/5/16 14:14
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#2
Rakan Setia
Info
pengalaman kakak2 ipar tu mayb x sama dgn yg bakal awak alami, lagipun x de pertalian darah, risk utk dpt effect yg sama, adalah kurang. sebab itu kena pergi dapatkan nasihat dari doc, kaedah mana yg sesuai.
saya guna implanon, coz kurang disiplin dlm makan ubat nih.
hubby ok je coz niat kita tu, bukannye x nak anak, cuma nak bagi masa sikit. kewangan keluarga pun kena rancang jugak...

Posted on: 2007/5/17 16:18
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#3
Rakan Setia
Info
Quote:
Produk amalan tradisi keluarga sejak 20 tahun untuk dikongsi kepada puan-puan khas untuk yang telah berkahwin. Jika puan-puan berhajat untuk merancang keluarga dengan cara tradisional, bolehlah mencuba dengan Maajun Anggun Bistari ini dimana kejayaannya adalah 100% dengan syarat mengikut disiplin makan yang betul.Telah diamalkan sebagai tradisi keluarga sejak 20 tahun dulu. Dahulu ianya dijual hanya dari rumah ke rumah sahaja. Tidak dijual dimana-mana kedai ubat atau farmasi. Bagi yang kurang selesa family planning dengan kaedah moden adalah dipelawa untuk mencuba kaedah tradisi ini dan setelah mendapat kejayaan & keyakinan boleh membuat perbandingan dengan kaedah moden.


Khasiat Maajun Anggun Bisatri ini adalah seperti di bawah mengikut keutamaan:
1. Family planning/menjarak kehamilan/merancang keluarga.
2. Merawat keputihan yang teruk.
3. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
5. Menstabilkan hormon kewanitaan dalam badan.
6. Menormalkan & mengatur period setiap bulan.
7. Mencantik & menegangkan payu dara.
8. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
10. Menambah tenaga sepanjang hari.
11. Mengawal kolestrol dalam darah.
12. Menurun & mengawal berat badan.
13. Awet muda.

Kandungan sebotol ( 21 biji@RM 15) adalah:


1. Herba ( Kacip Fatimah)
2. Rempah ratus -serapat, senduduk, inai & Lada hitam
3. Madu
Aturan pemakanan sama seperti mengambil pil perancang


ni bukan nak promote... tapi nak tanya sapa yg pernah try.. yea ke berkesan? & jugak nak tanya pendapat any expert dlm ni, kalau tgk ingredients dia selamat ke utk bfeeding mommies? tgk ada kacip fatimah tu nonie macam was2 sket... tapi my friends yg try kata ok je... pls.. any comments?

Posted on: 2007/5/18 15:51
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#4
Rakan Arif
Info
alaaa saya planning sendiri jerrr ms g klinik krjaan ade dia nk bg pil tp katanya keringkn air susu,yg xkeringkn air susu mahal...tp yg peliknya nk wt penyusuan ibu xklusif,eemm cmtu xyah la supply kn...

noriday-ade akak saya penah ckp xkering air susu. period 6 bulan xdtg(depend pd org)
marvelon-kring air susu(period teratur)

artikel dr akhbar..

PIL Noriday adalah satu-satunya pilihan jenis pil perancang yang tidak mengurangkan penghasilan susu ibu (di samping suntikan depot dan implan).

Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin didapati adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Ini mungkin kurang sesuai untuk anda memandangkan anda menghidapi penyakit injap jantung reumatik.

Jika menjadi lebih teruk (haid banyak dan berpanjangan), lama- kelamaan ia menyebabkan keadaan kekurangan darah (anemia) dan membebankan jantung anda.

Pilihan kaedah perancang keluarga wanita berpenyakit jantung reumatik seperti anda memerlukan perbincangan lanjut dengan doktor masing-masing ke atas perkara berikut:

- Kepentingan merancang keluarga menggunakan kaedah berkesan. Setiap kehamilan memberi bebanan kepada jantung anda.

Jenis pil hormon berkombinasi sangat berkesan dan tidak menyebabkan gangguan haid, namun ia berisiko menyebabkan keadaan pembekuan darah dalam saluran vena sehingga menyumbat paru-paru (tromboembolisma) dan membahayakan nyawa.

Sungguhpun begitu, risiko tromboembolisma wanita jika hamil adalah jauh lebih tinggi berbanding risiko tromboembolisma wanita pengamal kaedah pil ini.

- Jenis pil satu hormon (Noriday, suntikan depot dan implan) kurang risiko tromboembolisma, namun ia mungkin menyebabkan peningkatan cecair badan sehingga membebankan ventrikel jantung.

- Jenis alat dalam rahim boleh menyebabkan risiko jangkitan dalam pelvis (PID) di kalangan dua peratus pengamalnya. Ia juga berisiko menyebabkan jangkitan pada jantung (endokarditis) namun sangat kecil (kurang daripada satu dalam sejuta pengamal).

- Kaedah kondom kurang mempunyai kesan sampingan namun ia sangat memerlukan kesungguhan (bukannya memakai hanya sekitar waktu subur). Hanya yang benar-benar bersungguh mengamalkannya boleh menggunakan kaedah ini.

Bagi wanita lain yang tidak mahukan lagi anak atau dinasihatkan tidak hamil lagi atas sebab kesihatan jantung, kaedah pemandulan melalui pembedahan mengikat saluran falopio (perempuan) atau vasektomi (lelaki) bolehlah dipilih.

Anda boleh berbincang dengan doktor mengenai perkara ini pada awal atau sebelum kehamilan akan datang. Usah tunggu hingga selepas kelahiran.

Posted on: 2007/5/18 16:47
_________________
Original ImageOriginal Image
Original ImageOriginal Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#5
Rakan Arif
Info
artikel yg lain plak...

Perancang Keluarga

Proses ovulasi

Telur yang dikeluarkan ovari menjadi matang setiap bulan. Pada pertengahan
kitaran tersebut, iaitu lebih kurang 14 hari selepas hari pertama haid
datang, telur ini dilepaskan. Proses ini dinamakan ovulasi. Hormon yang
bertanggung-jawab dalam proses ini ialah FSH, LH, estrogen dan progesteron.
Telur ini akan melalui tiub Fallopian dan di sini ia akan disenyawakan
dengan sperma lelaki.

Pada masa yang sama, berlaku dua perubahan :

Mukus di sekeliling serviks menjadi nipis dan cair. Ini memudahkan sperma
memasuki rahim dan sampai ke telur
Lapisan rahim menjadi lebih tebal. Ini supaya ia dapat menerima dan
menyuburkan telur yang disenyawakan.
Sekiranya persenyawaan berlaku, telur akan berkembang menjadi janin.
Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan rahim yang tebal tersebut akan
digugurkan. Proses inilah yang dinamakan haid atau datang bulan.

Pil perancang

Cara ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga.
Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. Pil perancang mengandungi hormon
sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang dikeluarkan oleh badan :

Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon,
Minulet, Mercilon
Progestogen – jenama Noriday.
Jenis kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang menyusukan
anak. Ia sesuai juga untuk orang yang alahan dengan estrogen.

Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan
pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak dirangsang
dan telur tidak dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak boleh berlaku.
Mukus di sekitar serviks pula menjadi pekat dan ini menyebabkann sperma
sukar untuk memasuki rahim.

Bagaimanapun ada kesan-kesan sampingan pengambilan pil perancang :

Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan
mempunyai darah jenis A
Pening dan mual
Migraine
Muntah dan masalah-masalah perut
“Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan
Sakit kepala
Buah dada menjadi tegang
Tekanan (depression)
Tekanan darah naik
Turun atau naik berat badan
Selain daripada dapat mencegah kehamilan, pil perancang juga memberikan
kesan-kesan baik yang lain :

Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia (kurang
darah)
Peredaran haid lebih teratur
Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid
Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease
Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)
Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus
Mengurangkan risiko hamil luar rahim
Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan kulit,
mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga boleh
mengawal pereputan tulang (osteoporosis)
Peringatan :

Ambil pada masa yang sama setiap hari
Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau sekiranya
kali pertama anda ingin mengambilnya
Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana antibiotik
tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti estrogen, jadi akan
ada risiko kehamilan
Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon
menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama
Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan
anda tidak digalakkan mengambil pil perancang
Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS
Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat
penyakit jantung.

Cara-cara lain perancang keluarga
1. Condom

2. Secara semulajadi

Anda boleh mengamalkan cara ini iaitu dengan melakukan hubungan kelamin
semasa anda tidak subur sahaja. Bagaimanapun peratus kejayaannya hanyalah
70% hingga 80%. Anda boleh menentukan waktu subur anda dengan cara-cara
berikut:

Kira waktu ovulasi (pengeluaran telur). Biasanya ia terjadi 14 hari selepas
hari pertama haid

Mengambil suhu badan. Suhu badan anda, periksa waktu pagi, meningkat pada
permulaan ovulasi

Melihat mukus faraj anda. Ia menjadi jernih dan nipis semasa ovulasi.

3. Diafragma dan Kep Servikal (Diaphragm and Surgical Cap)

Kaedah ini menghalang sperma memasuki serviks, jadi ia tidak akan bertemu
dengan telur yang dikeluarkan.

4. Spermasid

Bahan ini membunuh sperma.

5. Alat Kontraseptif dalam Rahim (Intra-Uterine Device, IUD)

Terdapat dua jenis IUD. Satu mengandungi kuprum dan yang satu lagi
melepaskan hormon wanita. Pemasangannya tidak begitu menyelesakan dan ada
kemungkinan berlaku jangkitan inflamasi pelvis.

6. Ligasi Tiub (Tubal Ligation)

Tiub Fallopian ditutup atau diputuskan.

7. Vasektomi (Pemandulan lelaki)

Saluran yang menyalurkan sperma lelaki diputuskan atau ditutup.

8. Norplant

Satu set tiub kecil dipasang di dalam lengan, di bawah kulit. Ia melepaskan
hormon yang mencegah telur menjadi matang. Kaedah ini tidak sesuai untuk
semua wanita.


Posted on: 2007/5/18 16:56
_________________
Original ImageOriginal Image
Original ImageOriginal Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#6
Kenalan Baru
Info
Assalamualaikum , nak tanya iibu - ibu semua tentang perancang keluarga jenis injection tu, tah apa namanya tu.sayasekarang guna injection 3 bln sekali , tapi problemlah bila datang period lambat dlm 2 bln sekali dah tu sekali dtag sampai 3 minggu pun belum habis lagi, mcmmanaye memang normalke . bila dah mcm ni rimaslah pulak .

Posted on: 2007/7/3 13:01
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#7
Rakan Arif
Info
sesiapa yg ada pengalaman pakai perancang "implanon" yg cucuk bawah lengan utk 3yrs tu?..
Kalau ada kongsi2 la .. sbb ila pun plan nak amik implanon selepas bersalin nanti.

Posted on: 2007/7/3 14:17
_________________
Original ImageOriginal Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#8
Moderator
Info
meh nak tolong link

family plan 1


family plan 2

pap smear

itu aja yg sempat search

Posted on: 2007/7/3 14:30
_________________
MySweetstory-BF&Me
Malaysian BreastFeeding Peer Counselor, MBfPC
Kalau sudi berkawan say hi to me:crafidah at gmail dot com.
tak sombong punya!
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#9
Rakan Arif
Info
tq lovebaby

Posted on: 2007/7/3 14:50
_________________
Original ImageOriginal Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Kaedah Perancang Keluarga
#10
Rakan Arif
Info
after Sookie 1 years baru Yana datang bulan. Yana baru ambik injection 3 bln sekali. mmmm yang buat yana risau dah lebih 30 hari datang bulan (tapi sikit-sikit ja) Bila call klinik tu dia kata for 3 month ni biasa lah, jangan lah risau. So Yana pun buat-buat tak risau la, but my hubby say kata bila dah cucuk ni selamat lah, tapi kalau dah datang bulan penuh setiap bulan macam mana ni? Ni memang salamat sebab tak dapat bersama Hi Hi Hiii...

ada sesapa pakai implan? Yana ingat nak try lah

Posted on: 2007/7/3 15:28
_________________
Original Image
Original Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 3 4 ... 18 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image