Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
27 user(s) are online (18 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 27

more...

Members Baru
konnor3839 2014/4/24
YWakehurs 2014/4/23
regina8539 2014/4/23
toojae3Loh 2014/4/23
IFurnell 2014/4/22
yazmin1725 2014/4/22
farayassir 2014/4/22
MHenderso 2014/4/20
HAngela 2014/4/20
mlyuki 2014/4/18


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 3 4 ... 91 »


Anonymous
Tempoh penyimpanan
#1
Anonymous-Anonymous
assalamualaikum wbt
Saya ibu kepada dua anak lelaki. Yang sulung berumur 1 tahun 8 bulan dan kedua berumur 2 bulan. saya menyusukan anak sulung saya sehingga umur setahun sahaja, itupun bukan secara ekslusif. Saya bekerja dan oleh kerana susu pada awalnya tidak banyak ditambah dengan kurang pengalaman, anak saya itu menyusu dengan susu formula semasa dia di rumah penjaganya. Tapi saya cuba compensate dengan memberinya susu badan sahaja pada malam hari dan waktu cuti. Memang hajat di hati ingin menyusukannya selama mungkin tetapi semasa saya mengandungkan anak kedua, puting saya terlalu sakit semasa dia menyusu jadi saya terpaksa berhenti.

Dengan sedikit pengalaman dan juga panduan dari SusuIbu.com yang saya temui semasa mengandung anak kedua ini (wish i discover this website earlier), saya berazam untuk menyusukan anak kedua saya ini secara ekslusif. BAru sebentar tadi saya membaca artikel yang menyatakan bahawa susu yg diperah patutnya disimpan di dalam peti sejuk tidak lebih dari dua hari. JAdi ini berlawanan dengan pemahaman saya sebelum ini menerusi maklumat dari jururawat yg saya temui semasa kelas pre-natal dan risalah panduan yg diperolehi dari klinik kerajaan yang menyatakan susu ibu yg diperah tahan 3-6 bulan jika disejukbekukan atau 3 hari jika disimpan ditempat simpanan biasa. Sekarang saya baru kembali bekerja tak sampai seminggu dan sebelum itu saya telah memerah dan menyimpan hampir sepuluh botol untuk bekalan anak saya di rumah penjaganya. Apabila membaca artikel itu tadi, saya tertanya2, bagaimana kualiti susu yg saya simpan tadi...fit or not for my baby? Harap moderator or anyone else dapat membantu.
Terima kasih


Posted on: 2005/1/11 16:05
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tempoh penyimpanan
#2
Webmaster
Info
Puan, tahniah kerana puan berazam untuk menyusukan anak puan sepenuhnya.
Mengenai kemusykilan puan tentang kualiti susu yang disimpan, memang benar terdapat kajian dibuat mengenai tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.

Kajian ini baru sahaja di buat dan diterbitkan artikelnya pada Oktober, 2004. Cadangan dan kaedah penyimpanan susu bagi ibu bekerja pula telah lama wujud sebelum kajian ini dibuat. Itulah sebabnya terdapat sedikit percanggahan maklumat di dalam perkara ini.

Sebagai jalan tengah kepada permasalahan ini, SusuIbu.com mencadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, puan bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu puan di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya begini, katakan puan telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari puan berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dair koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, puan dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak puan.

Diharap kaedah ini dapat dicuba dan memberi manfaat kepada puan dan anak puan serta ibu-ibu bekerja yang lain.

Posted on: 2005/1/11 16:45
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Tempoh penyimpanan
#3
Anonymous-Anonymous
Assalamualaikum wbt

Terima kasih mama atas cadangan dan nasihat yang diberikan. InsyaAllah saya akan praktikkan.

Satu lagi ingin saya luahkan perasaan terkilan di hati kerana kurangnya kesedaran majikan tentang kepentingan dan masalah ibu berkarier yang mempunyai anak yang masih menyusu. MAsih kurang tempat kerja yang menyediakan nursery di tempat kerja termasuk di pejabat kerajaan sendiri. Saya bekerja di sektor kerajaan, dalam bidang kesihatan tetapi rasanya di kebanyakan hospital sendiri, tiada nursery yang disediakan untuk staf meletak anak. Saya sendiri terpaksa bergegas ke rumah pengasuh untuk menyusukan anak pada waktu rehat tengahari kerana anak saya menangis dan tidak suka puting plastik dan hanya minum apabila terlalu lapar sahaja. Penat, tidak sempat makan dsb tetapi saya rasa ini pengorbanan yang saya terpaksa lakukan sebagai wanita bekerja. Saya lihat jururawat dan doktor sendiri yang sepatutnya lebih tahu tentang kepentingan penyusuan susu ibu memberikan susu formula untuk anak mereka atas alasan tidak sempat untuk mengunjungi anak atau memerah susu kerana faktor jarak dan sebagainya. Ironiknya, kempen penyususan susu ibu galak diadakan oleh jabatan kesihatan setiap tahun. Mungkin untuk mencapai tahap seperti negara sweden yang memberikan cuti bergaji/ separuh gaji selama setahun kepada ibu yang menyusukan anak, tidak dapat kita lakukan, sokongan majikan dalam menyediakan nursery untuk bayi di tempat kerja akan membantu ibu dan anak serta menrealisasikan objektif kerajaan yang diwar-warkan melalui kempen2 penyusuan ini.

Posted on: 2005/1/12 16:25
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tempoh penyimpanan
#4
Webmaster
Info
Memang benar kesedaran pada pihak majikan masih kurang di dalam isu penyusuan susu ibu ini. Tetapi tidak hairan keadaan begini terjadi jika ibu-ibu itu sendiri tidak mempunyai daya kemahuan dan inisiatif untuk melaksanakannya. Jika lebih ramai ibu-ibu di dalam sesebuah organisasi berganding bahu untuk mewujudkan prasarana yang mesra bayi atau mesra ibu menyusu, kemungkinan majikan akan mempertimbangkan pengubahsuaian di dalam perlaksanaannya.

Contohnya, ibu-ibu boleh memohon untuk mendapatkan fleksibiliti masa rehat seperti 3 kali waktu rehat sepanjang waktu bekerja. Waktu rehat ini boleh digunakan untuk memerah susu atau pergi menjenguk anak jika tempat bekerja berdekatan dengan tempat asuhan. Sebagai pulangan kepada majikan, ibu boleh meminta untuk datang lebih awal dan pulang sedikit lewat dari waktu pejabat biasa. Dengan ini, kedua-dua belah pihak tidak akan kerugian apa-apa.

Selain dari itu, jika desakan cukup kuat dari kaum ibu di tempat kerja, mereka boleh memohon dari majikan supaya disediakan kemudahan bersama untuk memerah dan menyimpan susu yang lebih efektif dan bersih. Sebuah syarikat atau organisasi boleh melabur untuk pekerjanya dengan menyediakan kemudahan alat pam dan peti ais khas untuk menyimpan susu semasa ibu di tempat kerja. Dengan ini, ibu-ibu akan rasa lebih dihargai dan tidak perlu berbelanja mahal untuk membeli peralatan seperti ini sendiri. Sebagai pulangan ibu-ibu ini tentu merasa lebih setia kepada organisasi kerana sikap ambil berat syarikat terhadap permintaan mereka.

Kami di SusuIbu.com bersedia untuk berbincang dengan mana-mana syarikat atau organisasi yang memerlukan perkhidmatan nasihat bagaimana untuk menyediakan prasarana yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu. Sekiranya ada ibu-ibu bekerja yang ingin kami berbincang dengan bahagian Sumber Manusia di organisasi mereka bekerja mengenai perkara ini, sila hubungi kami di SusuIbu.com di talian berikut: 012-2903775 atau hantarkan email kepada: webmaster@susuibu.com

Apa yang lebih penting di sini, ialah ibu-ibu perlu tahu hak mereka dan bayi mereka baik bagi ibu yang bekerja mahupun yang berada di rumah sepenuh masa.

Posted on: 2005/1/15 17:31
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tempoh penyimpanan
#5
Rakan Arif
Info
Dear all,

Berbalik kepada isu penyimpanan susu.

Di tempat kerja saya menyimpan susu dalam bhgn beku supaya tahan sejuk apabila balik ke rumah.

Sampai di rumah ia telah mencair-walaupun dibawa dlm bekas kedap sejuk berserta cold pack- bolehkah ia dimasukkan semula kedlm bhgn beku atau patut diletak di bhgn sejuk shj.

Saya mempunyai stok susu yang agak byk,oleh itu saya terpaksa bekukan dulu stok baru supaya tahan lebih lama .

Adakah betul cara yang saya lakukan?

Regards,
tini.

Posted on: 2005/7/22 11:20
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tempoh penyimpanan
#6
Webmaster
Info
Puan Tini,
Dicadangkan, puan agar tidak membekukan terus susu sebaik sahaja diperah. Ini kerana agak sukar untuk mengekalkan suhu susu pada tahap beku sepanjang tempoh perjalanan pulang dari pejabat ke rumah. Ini juga akan menyebabkan susu beku akan mula mencair dan menyebabkan susu tersebut perlu terus digunakan dalam tempoh 24 jam seterusnya.

Oleh itu, sebaiknya semasa di pejabat, simpan susu di bahagian sejuk bawah sahaja (bukan bahagian beku) dan di bawa pulang di dalam bekas penyejuk. Apabila sampai ke rumah, simpan hanya sebahagian kecil sahaja (contohnya 1 botol) ke dalam bahagian beku dan selebihnya untuk kegunaan keesokan hari. Sebaliknya, turunkan hanya satu sahaja dari simpanan beku ke bahagian bawah untuk kegunaan esok. Ini kerana dari kajian baru-baru ini mendapati, (rujuk artikel ini), susu yang mengalami proses pembekuan dan penyahbekuan akan kekurangan antioksidan yang amat penting sebagai perlindungan kepada bayi.

Dengan cara ini, bayi puan akan mendapat sebanyak mungkin susu segar (yang baru diperah semalam) dan hanya 1 botol sahaja dari simpanan lama (yang perlu juga dihabiskan sedikit demi sedikit) dan akan mendapat khasiat dan kebaikan susu ibu semaksimum mungkin. Di samping itu, puan juga akan dapat memastikan puan sentiasa mempunyai stok susu beku yang mencukupi (untuk keperluan kecemasan) dengan mengekalkan simpanan harian seperti yang diterangkan diatas.

Harap mencuba!


Posted on: 2005/7/23 16:07
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Tempoh penyimpanan
#7
Anonymous-Anonymous
mengenai tempoh simpanan susu.. saya ingin tahu adakah betul atau elok kualiti susu perahan saya jika:
1. saya memerah susu di pejabat dan menyimpannya dalam peti sejuk ditempat kerja.. bila waktu pulang ke rumah.. saya membawa susu tersebut dalam suhu biasa (tidak disimpan dalam bekas sejuk). dan menyimpannya semula didalam peti sejuk apabila sampai ke rumah untuk digunakan pada esok hari dirumah pengasuh. adakah susu perahan saya masih elok atau saya memang perlu menyimpan didalam bekas sejuk sepanjang pulang ke rumah?
2. adakah benar kenyataan bahawa bayi akan lebih cepat kenyang dengan meminum susu perahan berbanding susu formula?


Posted on: 2005/8/2 12:56
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tempoh penyimpanan
#8
Rakan Arif
Info
seeloknya di bawa pulang dlm coolbox sepjg perjlnn pulang dari pejabat ke rumah...tp kalau tak lama, saya rasa takda masalah...

soalan kedua tuh tak pasti..mungkin ya sbb susu ibu jeis yg senang hadam

Posted on: 2005/8/3 15:28
_________________
Original ImageOriginal Image

Original Image

http://ezzuramd.blogspot.com
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tempoh penyimpanan
#9
Webmaster
Info
Susu ibu yang belum dibekukan dan berada pada suhu bilik boleh bertahan selama 8 jam. Walau bagaimanapun jika susu telah disejukkan, sebaiknya dibawa pulang di dalan bekas yang sejuk juga kerana dikhuatiri perubahan suhu pada susu tersebut boleh merosakkan kualiti susu.

Mengenai susu ibu lebih cepat mengenyangkan berbanding susu formula, jarang pula ditekankan sebaliknya jika bayi mengambil susu formula, bayi akan kelihatan seolah kenyang dalam tempoh yang agak lama. Ini kerana susu formula sukar dihadamkan dan akan berada di dalam perut bayi dalam tempoh yang agak lama. Walaupun keadaan ini (bayi nampak kenyang dan jarang-jarang meminta susu), pada kebanyakan ibu kelihatan macam baik, sebaliknya tidak bagus untuk perut bayi yang masih belum matang kerana ia dipaksa untuk melakukan kerja berat untuk menghadamkan makanan yang sukar diproses berbanding susu ibu. Atas sebab inilah hanya susu ibu sahaja makanan yang terbaik untuk diberikan kepada bayi anda!

Posted on: 2005/8/8 4:25
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tempoh penyimpanan
#10
Kenalan Baru
Info
Nak tanyalah, macam susu yang diperah pada hari jumaat dan akan digunakan pada hari isnin berikutnya, perlu simpan bahagian mana? setakat ni, saya simpan dekat freezer dan malam ahad tu baru masuk ke bahagian bawah (refridgerator) untuk cairkan bagi kegunaan esoknya (isnin). boleh ke macam tu?

tapi saya pernah juga, perah susu hari jumaat tu dan simpan je terus dlm fridge (tidak bekukan) dan hari isnin bagi terus pada babysitter.

apa yg terbaik ye? bekukan kemudian cairkan pada mlm ahad tu ataupun simpan terus je dlm fridge (sekadar sejukkan aje).

tolong bagi nasihat.

Posted on: 2005/8/13 23:47
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 3 4 ... 91 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image