Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
43 user(s) are online (21 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 43

more...

Members Baru
konnor3839 2014/4/24
YWakehurs 2014/4/23
regina8539 2014/4/23
toojae3Loh 2014/4/23
IFurnell 2014/4/22
yazmin1725 2014/4/22
farayassir 2014/4/22
MHenderso 2014/4/20
HAngela 2014/4/20
mlyuki 2014/4/18


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users






Anonymous
Berapa auns baby minum...?
#1
Anonymous-Anonymous
A'kum wbt.
Baby kedua saya berumur 4 bulan dan masih menyusu badan secara ekslusif. Saya bekerja dan tiap2 hari memerah susu untuk bekalannya di rumah babysitternya. Dulu masa balik semula bekerja, saya bekalkan dalam 4-5 botol susu 2 oz. sehingga sekarang. tetapi sekarang, susu 2 oz tu 2,3 dia kali teguk je dah licin. So, saya risau kalau saya bekalkan dia 2 oz., sudah tidak cukup untuk dia. saya kurang arif pasal sukatan susu untuk baby 4 bulan sebab bila kita susukan dia, mana nak tau berapa sukatan dia dah minum kan... Sama ada cukup dgn 2 oz atau kena naikkan ke 3 atau 4 oz? Sekarang beratnya dah 6.1 kg dan dia baru saya ajar makanan tambahan (bubur nasi n puri buah). So saya nak minta pandanganlah. Tambahan pula saya ada mengalami stres di tempat kerja. Terpaksa outstation dan kena pergi beberapa kursus dalam thn ni. dan pengeluaran susu sedikit terjejas. Saya kalau boleh tak nak bagi susu formula dan saya sedang bertahan ni. Doakan saya kuat semangat untuk terus menyusukan anak saya. Saya teramat risau ni. Tolonglah saya.
Terima kasih.

Posted on: 2005/3/18 10:00
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Berapa auns baby minum...?
#2
Webmaster
Info
Waalaikumussalam
Puan, tahniah kerana masih bertahan dengan penyusuan secara eksklusif selama 4 bulan. Sesungguhnya, hanya ibu yang tabah sahaja yang boleh mencapai kejayaan seperti puan.

Mengenai persoalan puan mengenai bekalan susu yang sesuai untuk bayi puan, saya tidak dapat menentukannya kerana keperluan terhadap susu ibu bagi seseorang anak adalah berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Puan perlu membuat pemerhatian ke atas bayi puan untuk memastikan dia mendapat susu yang mencukupi. Minta bantuan penjaga bayi untuk membuat pemerhatian jika puan tidak dapat melakukannya sendiri.

Contohnya, puan boleh cuba menambahkan 1 oz lagi kepada setiap sukatan susu yang biasa disediakan untuk sekali penggunaan. Jika bayi puan dapat menghabiskan sukatan 3 oz tersebut, ini bermakna dia memerlukan sukatan sebanyak itu dan boleh menghabiskan sukatan sebanyak itu juga. Jika penjaga bayi tersebut mendapati dengan bekalan 3 oz pun, bayi masih kelihatan tercari-cari susu untuk diminum, cuba tambahkan bekalan susu kepada 4 oz pula untuk satu sukatan. Kemudian perhatikan pula penerimaan bayi tersebut.

Kebiasaannya, apabila bayi telah membesar, dia memerlukan kuantiti susu yang lebih sedikit berbanding dengan ketika dia masih kecil untuk setiap kali waktu penyusuan. Walau bagaimanapun, bayi mungkin mempunyai kehendak yang berbeza mengikut waktu. Contohnya, dia mungkin mahu menyusu lebih banyak pada waktu hampir tengahari dan petang manakala pada waktu pagi dan lewat petang dia mungkin hanya mahu menyusu sedikit sahaja. Oleh itu, untuk bayi yang begini, puan perlu menyediakan sukatan yang berbeza sesuai dengan keperluannya.

Jika puan mempunyai bekas susu 2 oz yang banyak, puan mungkin boleh meneruskan penyimpanan di dalam bekas tersebut tetapi meminta penjaga bayi untuk mengunakan 2 botol untuk setiap hidangan bergantung kepada keperluan bayi.

Sebagai kesimpulan, keperluan bayi terhadap susu ibu adalah amat subjektif. Ibu dan penjaga bayi perlu membuat pemerhatian tersendiri terhadap keperluan setiap bayi agar bayi tersebut mendapat bekalan susu yang mencukupi. Manakala penyediaan susu bayi pula bolehlah diubahsuai mengikut keperluan bayi tersebut.

Berhubung dengan masalah tekanan di tempat kerja, puan perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Walau bagaimanapun, elok saya nyatakan di sini, semasa proses penghasilan susu terjadi, hormon prolaktin yang dihasilkan dapat memberi ketenangan kepada ibu. Oleh itu, puan hanya perlu cuba merehatkan diri seketika sebelum memulakan pemerahan susu (jika di tempat kerja) atau penyusuan (jika berada bersama bayi). Gunakan kaedah menarik nafas panjang dan dalam untuk merehatkan diri. Apabila pemerahan susu atau penyusuan telah dimulakan, badan puan akan bertindak balas pula terhadap hormon yang dihasilkan dan seterusnya akan menambah ketenangan lagi.

Kami di SusuIbu.com mendoakan setiap ibu yang sedang menyusu dan berusaha untuk meneruskan penyusuan agar diberi kekuatan untuk berjaya melaksanakannya! Selamat Meneruskan Penyusuan!!

Posted on: 2005/3/19 13:31
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati







You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image