Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
34 user(s) are online (26 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 34

more...

Members Baru
MHenderso 2014/4/20
HAngela 2014/4/20
mlyuki 2014/4/18
TSteinmet 2014/4/17
HNoyes 2014/4/17
HCaple 2014/4/16
tikarasha 2014/4/16
Snowball99 2014/4/16
S9069 2014/4/15
JOgle 2014/4/14


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 3 »


Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#1
Kenalan Baru
Info
Assalamualaikum..
Saya rasa tajuk pasal susu kambing belum ada..(klu dah ada..maaf, xperasan)..

Disini saya nak dptkan pandangan semua mengenai susu kambing. Betul ke, susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu??

Posted on: 2009/9/9 10:46
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#2
Rakan Istimewa
Info
Waalaikummussalam...

Ini adalah pendapat peribadi saya mengenai susu ibu dan saya juga sedang cuba melengkapkan MISI 2 TAHUN PENYUSUAN SUSU IBU kepada bayi saya Aisyah Humaira' yang sekarang berusia 7 bulan sekarang. Permulaannya saya telah pun terbagi bayi saya susu formula (kurang ilmu mengenai SUSUIBU) dan selepas saya berjumpa dengan portal PENYUSUAN ini (portal ini hanya mengenai PENYUSUAN SUSU IBU) baru terbuka minda dan hati saya dan barulah saya tahu kebaikan susu ibu dan YA...banyak perbezaan antara anak pertama (minum susu formula+susu ibu dan berhenti pada pada usia 1 tahun genap) dan juga anak yang minum susu badan. Bukan niat saya nak membandingkan anak2 yang minum susu formula dan susu ibu tapi ia telah terbukti yang anak minum susu badan jarang sakit dan lebih bijak.

Ini saya ambil dari blog Kak Shiha yang lama menghilang dan beliau adalah salah satu moderator di SI ini.

Quote:
Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Kolostrum dapat mencegah jangkitan dan juga penyakit alergi. Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Kolostrum Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A. Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi?? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Oleh itu bayi yang hanya menyusu susu ibu adalah didapati kurang kuning berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.


Quote:
Formula Khas Ini bukanlah formula khas susu tepung, sebaliknya formula khas dari susu ibu! Allah swt yang Maha Bijaksana telah menentukan bahawa susu ibu mempunyai formula atau kandungan yang tersendiri, bergantung kepada fasa penyusuan tersebut: 1) Fasa kandungan - Susu pra-matang / cukup bulan 2) Fasa laktasi - Kolustrum & susu matang 3) Semasa menyusu - Susu “fore-milk: rendah lemak” dan “hind-milk: kaya lemak; LCPUFA” Di sini ingin ditambah lagi berkenaan dengan penemuan terbaru LCPUFA (Long Chain Polyunsaturated Fatty Acids). Terdapat pelbagai jenis LCPUFA, dan antara yang paling banyak dibuat kajian adalah DHA (Docosahexaenoic Acid) dan ARA (Arachidonic Acid). Kedua – dua DHA dan ARA ini hanya didapati di dalam susu ibu pada jumlah yang sesuai dengan umur bayi tersebut. Didapati bahawa DHA & ARA adalah sangat penting untuk perkembangan otak dan ketajaman penglihatan. Kajian telah menunjukkan bahawa; bayi yang menyusu ibu: 1) MENDAPAT MARKAH LEBIH TINGGI dalam ketajaman penglihatan 2) menunjukkan perkembangan otak yang LEBIH BAIK Manakala ‘Choline’ (kolin, yang juga hanya terdapat di dalam susu ibu) diperlukan untuk asas pembentukan otak bayi dan juga dapat memperbaiki ingatan jangka panjang.


Bayangkan haiwan hanya menyusukan anak2 mereka dengan susu sendiri sedangkan kita manusia di beri akal dan kita adalah makhluk terbaik ciptaan ALLAH.

Quote:
“Mamalia di dunia ini” menurut beliau “terdiri dari pelbagai sepsis dan terdapat 4237 jenis mamalia di dunia dan kesemua mamalia ini menyusukan sendiri anak mereka, kecuali sejenis mamalia sahaja… iaitu manusia.


Quote:
Memang sedih bila memikirkan mengapa manusia begitu susah untuk menyusukan anak sendiri. Berikut diberikan statistik terkini mengenai peratusan permulaan penyusuan susu ibu di beberapa negara: 1. Di Nepal, jumlah ibu yang memulakan penyusuan susu ibu telah meningkat dari cuma 5% ke 33%. 2. Di Afrika Selatan, statistik menunjukkan bahawa kini terdapat lebih dari 25% daripada ibu – ibu di sana yang memulakan penyusuan susu ibu secara eksklusif sepanjang tempoh enam bulan pertama. Berita ini telah dihebohkan di Yaounde ketika majlis pelancaran minggu penyusuan susu ibu sedunia di negara itu. 3. Di Malaysia sendiri, tiada statistik kebangsaan mengenai peratusan penyusuan susu ibu. Walaubagaimanapun, kajian kecil di peringkat daerah menunjukkan terdapat 30 – 35 % daripada ibu yang memberikan penyusuan susu ibu.


Maaf ler kalau TERLEBIH SUDAH heheh. Tapi jika ada IBU-IBU di luar sana tidak dapat membeikan susu ibu tidaklah saya kondem atau berburuk sangka...ini semua kerana kita kekurangan ilmu dan kurangnya kesedaran di kalangan ibu-ibu. Apa pon PILIHAN di tangan anda...samada untuk memberikan SUSU IBU atau SUSU formula daripada lembu, kambing dan sebagainya. Semua ibu mampu menyusukan anak mereka sendiri.

TEPUK DADA TANYA SELERA!

Selamat Berpuasa.

Posted on: 2009/9/9 11:38
_________________
Kesihatan Kecantikan Komuniti
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#3
Rakan Arif
Info
Quote:

ummishu wrote:
Assalamualaikum..
Saya rasa tajuk pasal susu kambing belum ada..(klu dah ada..maaf, xperasan)..

Disini saya nak dptkan pandangan semua mengenai susu kambing. Betul ke, susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu??


mmg topic ni pernah dibincangkan bwh topic
Boleh tak bagi fresh milk bagi anak umur sethun lebih

saya pastekan kat cini ye post dr ajui75, :

Quote:

Minum Susu Kambing-sunnah nabi

Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing
Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Mengapa kambing menjadi pilihan Allah?
1. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi.

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu” Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.

Bela kambing mengajar rasa tawaduk.
Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kora. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.

Kata Nabi SAW: ”Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”.

Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ
Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tak dak susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.

Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?

Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tak dak masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia.

Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.

Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.

”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” Ust. Farid Ravi.

”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” Ust. Farid Ravi.


KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING

Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.


7. KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan olih pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996,rata rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya - dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
a. Penyakit demam kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. penyakit darah tinggi/pening2.
d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah
tenaga batin.
i. Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.

Rencana di atas di petik dari blog YB Datok Husam Musa

Posted on: 2009/9/9 11:55
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#4
Rakan Arif
Info
saya tolong post pasal susu kambing tu sbb nak myebar2 kan ilmu je tp saya rasa tak perlu dikupas,nanti yg nak amik kesempatan mpromote susu kambing kat sini lak..ni kan portal SUSUIBU.COM..bukan SUSUKAMBING.COM

Posted on: 2009/9/9 12:08
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#5
Rakan Istimewa
Info
Salam,


Harap maklum bahawa susu kambing tidak sesuai diberi kpd bayi bwh satu tahun.

Posted on: 2009/9/9 12:11
_________________
blog Zatul (MAMI & BABY Magazine columnist) - all about breastfeeding & parenting

Lactation Counselor & Peer Counselor Program Administrator (PCPA) for Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (Malaysianbfpc)
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#6
Rakan Arif
Info
bukanke susu kambing tuh panas..usually baby akan kena cirit-birit kalo minum susu kambing kan....
confused!!

Posted on: 2009/9/9 13:16
_________________
Original ImageOriginal Image
[url=http://lilypie.com]Original ImageOriginal Image...
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#7
Kenalan Baru
Info
sy pernah dgr temuramah radio dgn seorg ustaz (tk ingat nama)..dia ada kata susu yg paling hampir dgn susu ibu adalah susu kambing bkn susu lembu. reason : susu ibu dpt dicerna/dihadam dlm ms 1/2 jam..susu kambing 2 jam dan susu lembu 4 jam. sbb tu susu ibu adalah susu yg terbaik!

Posted on: 2009/9/9 13:28
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#8
Rakan Setia
Info
macam2..kalau tgk sejarah la kan..Nabi Mohd SAW pon Siti Aminah hantar ke Halimatus Saadiah semata2 nak dapatkan kebaikan SUSUIBU..inikan lagi masa zaman tu, ternakan kambing berlambak2..

Posted on: 2009/9/10 8:51
_________________
Malaysian Breastfeeding Peer Councellor
YM:shnurulain

Qaseh Bonda Journal
Journal
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#9
Rakan Setia
Info
nak kongsi pengalaman saya yang menyusu nie...

memang dapat rasa perbezaan waktu sy minum anlene dan susu kambing. saya minum susu kambing yg 3+1 tue... ketaralah bezanya

Posted on: 2009/12/3 17:17
_________________
nak tahu camner nak tambah susu bdn?? sila PM ku...

nak BELI/JUAL rumah, nk buat AGREEMENT, WASIAT, SAMAN, ACCIDENT...sila PM daku......
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Susu kambing terbaik selepas Susu Ibu??
#10
Rakan Arif
Info
Quote:

zatul77 wrote:
Salam,


Harap maklum bahawa susu kambing tidak sesuai diberi kpd bayi bwh satu tahun.


tapi betoi ke ye susu kamben sgt bagus bagi kat newborn utk prevent dr kene kuning (ini NURSE yg check babyku sendiri yg cakap sbb awal2 aritu babyku kene kuning)

parentsku pun da berikrar next time akan bagi susu kamben kat newborn utk mengelakkan problem yg same berulang lg camno ye??

pstt.. seumur idupku tak penah minum susu kamben... camne eh rasenye??? besh ke??

Posted on: 2009/12/3 19:16
_________________
blog HAPPY-HAPPY je: www.akma81.blogspot.com
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 3 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image