Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
34 user(s) are online (22 user(s) are browsing Forum)

Members: 1
Guests: 33

umminur11, more...

Members Baru
konnor3839 2014/4/24
YWakehurs 2014/4/23
regina8539 2014/4/23
toojae3Loh 2014/4/23
IFurnell 2014/4/22
yazmin1725 2014/4/22
farayassir 2014/4/22
MHenderso 2014/4/20
HAngela 2014/4/20
mlyuki 2014/4/18


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 3 4 5 »


Bersunat Untuk Anak Perempuan
#1
Rakan Karib
Info


Salam semua...
Saya ada satu kemusykilan. Betul ke anak perempuan perlu disunatkan? Setahu saya anak lelaki shj. Ttp bila dpt tahu yg anak perempuan pun perlu disunatkan, sy blurr. Anak perempuan sy baru berumur 3 bulan. Bila masa yg sesuai sy perlu menyunatkan dia . Dimanakah pula perkhidmatan sunat anak perempuan ni kita boleh dptkan ya? Any member SI yg dah ada pengalaman share dgn sy ya. Thanx

Posted on: 2009/10/30 8:27
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#2
Rakan Setia
Info
hi mummyzara...
eemm...baby girl pun kena sunat gak..cmtu la ustaz kat opis saya cakap...tapi sunat baby girl tak sama ngan baby boy...ustaz tu cakap sunat sket jer...camne rupa saya pun tak tau...tapi yang saya dengar ustaz tu citer..kena sunat..sebab ada akak kat opis ni...anak dia dah umur 6thn..baru dia teringat yang anak perempuan dia tak sunat lagi...akak tu citer..dia bawak gi klinik..klinik yang sunatkan..biasanya kat kampung saya..bidan yang buatkan masa kita buat kenduri cukur jambul ngan akikah tu kan...dorang wat time tuu..saya pun tak tau...sebab anak yang first ni boy...saya memang tak dek pengalaman...cuma dengar dorang2 citer jer...

Posted on: 2009/10/30 8:39
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#3
Rakan Karib
Info
anak perempuan mmg kena sunatkan..rasanye sebelum ni ader thread pasal ni...try gali eh. tak reti nak wat link.

sy sunatkan anak perempuan sy umo 4 bulan kt hospital an-nur...rm30 je. biasanyer org sunatkan time dlm pantang ler.. doc cuma sunatkan sikit je sekadar keluarkan darah sket...


Posted on: 2009/10/30 8:44
_________________
Original Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#4
Kenalan Baru
Info
Wslm.. mummy zara..

memang dalam islam anak perempuan di haruskan sunat.. tak salah saya di panggil berkitan..sekarng banyak klinik swasta yang buat service nie.. dan seeloknya umur anak 2-3bln dah ok tu..kalau anak dah besar susah pulak nanti dia dah lasak.. kebaikan nya adalah dari segi kesihatan dan kebersihan.. ..mak saya katala..kalau pergi klinik swasta carilah Doktor melayu senang nak cakap..

Posted on: 2009/10/30 8:48
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#5
Kenalan Baru
Info
betul tu...saye ada 2 org putri..kedua2 nye saye khatankan sekitar umo 5 bulan...mase tu saye pergi di satu klinik islam kat seksyen 18 shah alam...memang doctor wanita tu bagus...siap tunjuk camane die khatankan anak...

sebelum saye jumpe pusat rawatan ni...jenuh juga saye carik pusta rawatan yg khatan kan anak perempuan ni...

alhamdulillah jumpe...


Posted on: 2009/10/30 8:53
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#6
Rakan Setia
Info
saya bw alya masa umur 42 hr kat klinik swasta.. masuk jmpe Dr. time bb sdg tido.. jap je, dah siap.. kuar suami tnye dah siap ke lum? diapn trkjut sbb jap sngt n bb x sedar n nngispn...... reganye murah je..

Masa kakaknye dulu, sunat kt bidan kg, umurnya pn 42 hari gak n brtindik sekali.. ada le bw 'pngeras' kit, gntg pd bidan kg trsbut, sayapn x reti sngt bab ni... lain org lain caranya..

Posted on: 2009/10/30 9:25
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#7
Rakan Istimewa
Info
Salam,

Semalam baru jer saya sunatkan anak kedua yang berusia setahun lebih tu di Klinik Rosli, Seksyen 18 Shah Alam. Dr. perempuan yang buat. Tak silap hanya hari Selasa, Rabu dan Khamis jer ada doktor perempuan. Boleh call 03-55413119 untuk roster doktor perempuan yang bertugas.Oh ya charges hanya RM35.00 jer..

Posted on: 2009/10/30 9:41
_________________
blog Zatul (MAMI & BABY Magazine columnist) - all about breastfeeding & parenting

Lactation Counselor & Peer Counselor Program Administrator (PCPA) for Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (Malaysianbfpc)
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#8
Kenalan Baru
Info
emm baby lisa pon nk sunat lagi ni...dia dah nak masuk 6bulan..my doc advise buat lepas 6bulan biler smua jab dah amik...sbb dia kata ada kes ibu2 yg lupa nk amik jab lepas sunat sbb katanya dah sunat dah kire ok..hehehe..lagi 1 sebab doc kata bagi nmpak clear kawasan yg nk disunatkan tu...hehehe.....tp risau gak sbb my baby dah lasak skang..takut kang ngamuk plak kena pegang2..hubby pon ajak mggu ni pegi buat kot..

Posted on: 2009/10/30 9:44
_________________
Feel free to visit my blog
http://syauqeenacayunk.blogspot.com
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#9
Rakan Istimewa
Info
Quote:
Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب “Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim) Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :- 1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie. 2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik, 3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali. Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka. Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan. Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini. Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-Azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan. “Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata : “Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit.” ( Majalah, Oktober 1994) Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya. Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita Arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara Arab di Teluk dan Maghribi tiada khatan bagi wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.


Ini yang saya jumpa tapi saya maseh belum betul2 faham tapi kedua2 anak perempuan saya memang saya dah sunatkan di atas alasan kebersihan. Ada pendapat lain?

Posted on: 2009/10/30 10:23
_________________
Kesihatan Kecantikan Komuniti
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Bersunat Untuk Anak Perempuan
#10
Kenalan Baru
Info
PERNAH TERBACA...

better pegi jumpa doc utk sunat beby girl...

sbb ada kes bidan terlebih potong....

n beby yg dah dewasa n berkahwin.. x de nafsu utk suami... kurang rangsangan....

---------------wallahualam....


blum ada beby girl lagi....

adik2 perempuan dulu ada tgk mak bidan yg sunatkan kat kg.....20 tahun lepas.....

Posted on: 2009/10/30 10:59
_________________
mencari ilmu di sini..
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 3 4 5 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image