Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
26 user(s) are online (16 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 26

more...

Members Baru
YWakehurs 2014/4/23
regina8539 2014/4/23
toojae3Loh 2014/4/23
IFurnell 2014/4/22
yazmin1725 2014/4/22
farayassir 2014/4/22
MHenderso 2014/4/20
HAngela 2014/4/20
mlyuki 2014/4/18
TSteinmet 2014/4/17


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 3 4 ... 8 »


mandi wajib slps melahirkan..
#1
Rakan Arif
Info

ni emel dari kwn.. rasanye elok milo tempek kan kat susuibu.com yg tersayang ni sebagai peringatan buat diri milo yg hina & yg lupa ini.. & mommies yg seagama dgn milo.. mama.. maaf sbb buat posting kat ruangan ni.. tak tau nak post kat mana.. semoga sedikit usaha ini boleh memberi manfaat kepada semua....


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse,mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.

Para bapa lansung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak...MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.Tak
keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.

Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni,sebaik sahaja kepala bayi
keluar)

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepasbersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja,tak perlu spesifik.

Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku
kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk angin la, sejukla...saya terfikir balik,takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.

Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran... katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari.

Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah ini-bini anda dan adik-adik pompuan. Dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara sedara pompuan yang lain...

InsyaAllah

Posted on: 2006/3/27 14:39
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#2
Moderator
Info
thanx milo ice, for that very important reminder... Indah sungguh Islam nih. Dlm setiap segi, kebersihan tetap diutamakan

Posted on: 2006/3/27 14:51
_________________
Tangan yang mengayun buai...
..and the journey continues
For Your Eyes Only
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#3
Rakan Setia
Info
Salam sumer...

Saya pun pernah dapat emel yang sama tahun lepas dan pernah jugak bincangkan perkara ni di form yang lain. Kalau tak silap saya, berdasarkan ilmu yang tak seberapa yang pernah saya pelajari, wiladah ni tak termasuk dalam perkara yang mewajibkan mandi. Ada juga pendapat yang mengatakan hadis yang menuntut mandi wiladah ini sebagai wajib adalah hadis dhoif dan tidak diyakini (hadis yang lemah dan tak perlu diikut).

Perkara2 yang mewajibkan mandi:(kalau ada yang tertinggal, ingatkan saya)
1.Keluar mani
2.Keluar haid atau nifas
3.Bersetubuh
4.Mati

Tapi mungkin ada mommies kat sini yang ada pengetahuan agama yang baik, bleh la share ngan kami...

Posted on: 2006/3/27 14:54
_________________
Super Mom to Ariff Najmuddin::Akeef Nu'man::Adreana Najla::
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#4
Rakan Arif
Info
thanks ummi_arif for the info.. emm.. kalau hadis daif tu kalau nak praktis boleh tak?

shiha.. comel la puteri shiha.. *off topic sat*


Posted on: 2006/3/27 15:01
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#5
Rakan Arif
Info
bagus jugak milo postkan topik ni...at least bagi yg tak tahu tu..dah dpt tahu...and yg dah tahu tu....boleh buat peringatan....

Posted on: 2006/3/27 15:21
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#6
Kenalan Baru
Info
Betul tu. kebetulan dalam majalah ANIS bulan ni ada psl tajuk mandi wiladah.


Posted on: 2006/3/27 15:48
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#7
Rakan Istimewa
Info
ni apa yg saya simpan dalam archive email.

#1

Dalam satu Hadis Rasululullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Jemaah kecuali an-Nasa’ei, diriwayatkan bahawa baginda bersabda yang lebih kurang maksudnya, “Wanita hendaklah melakukan ghusi (mandi) dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin sama ada anak itu hidup atau mati”.

Hadis ini menyebut mandi hanya sekali sahaja selepas kering darah nifas. Tiada dalil mengenai mandi wiladah dan para ulama mentafsirkan mandi wiladah itu sebagai dalam lingkungan mandi nifas juga.

Wallahu`alam.


#2

Soalan:

1.bila masa mandi wiladah itu?
2.adakah sebaik sahaja selepas bersalin atau tunggu sampai darah nifas habis.
3. Macamana mandi wiladah ini, adakah perlu niat dan rata seluruh badan.

Jawapan:

1. Mandi wiladah wajib dikerjakan segera jika tidak ada darah nifas mengiringi beranak.

2. Jika selepas beranak ada keluar darah nifas seperti kebiasaan perempuan yang beranak maka hendaklah tunggu hingga habis darah nifas barulah boleh dilakukan mandi untuk kedua2 hadas wiladah dan nifas itu.

3. Mandi wiladah sma dengan lain2 mandi yang wajib yaitu hendaklah diratakan air kesekelian tubuuh supaya terangkat hadas.
Bagi perempuan yang ada dua hadas yaitu hadas wiladah dan hadas nifas maka ia hanya wajib mandi sekali sahaja yaitu selepas berhenti darah nifas dengan niat seperti ini :
"Sahaja aku mandi yang wajib kerana Allah Taala"

Wallahualam.

Posted on: 2006/3/27 15:51
_________________
Original Image
Blog *Blog with YAN&SusuIbu101
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#8
Rakan Karib
Info
saya first2 pun confius pasal mandi wiladah nie...then after much reading and baca around pasal saol-jawab agama ttg mandi wiladah nie baru saya paham..tapi betulkan la kalau kefahaman saya nei tak betul....mandi wiladah nie diwajibkan ke atas ibu yg melahirkan anak tetapi tidak ada darah nifas...disebabkan takde darah nifas sbb tu lah cemana nak mandi angkat hadas darah nifas kan...so jatuh hukum wajib mandi wiladah la...kalau yg dah ada darah nifas tak perlu la, tapi jatuh la pulak hukum wajib mandi angkat darah nifas...
..kena la pulak tau apa yg dikatakan darah nifas...ada jugak yekk org yg bersalin tak ada darah nifas??? emm saya tak tau yg tu tapi islam nie kan complete and perfect semua segi dia ambik kira...

Posted on: 2006/3/27 15:52
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#9
Rakan Arif
Info
thanks for the info mamasab & cik_yan.. alhamdulillah.. semakin jelas la persoalan ni..

Posted on: 2006/3/27 16:08
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: mandi wajib slps melahirkan..
#10
Kenalan Baru
Info
apa yang yani faham...kita wajib mandi wiladah selepas melahirkan bayi samada ada darah atau tidak termasuk mereka yg bersalin secara c-sec..manakala mandi nifas adalah selps habis darah nifas atau darah period..sbb kadang2 ada jugak slps keluar darah nifas bersambung dgn darah period...So para ibu mesti mandi wajib 2kali iaitu slps melahirkan dan slps habis darah...ini hanya pendapat saya..harap2 kalau ada members lain mungkin boleh huraikan lagi..sbb perkara berkaitan hukumkan takleh nk sebarangan...ada pendapet yg lain

Posted on: 2006/3/27 16:18
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 3 4 ... 8 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image