Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
27 user(s) are online (17 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 27

more...

Members Baru
mlyuki 2014/4/18
TSteinmet 2014/4/17
HNoyes 2014/4/17
HCaple 2014/4/16
tikarasha 2014/4/16
Snowball99 2014/4/16
S9069 2014/4/15
JOgle 2014/4/14
CLipscomb 2014/4/14
ummiteeya 2014/4/14


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 »


Apa nak buat ni...
#1
Kenalan Baru
Info
Salam,

Anak sy baru berusia 3 bulan 1/2..setakat ini memang dia 100% BF..pernah cuba ajar minum FM sbg backup if EBM habis masa sy tgh kerja..tp bb xblh terima..dia akan muntah2 dgn sangat teruk..if minum pagi dia akan muntah until malam..kesian dgn dia..masalah sy sekarang sy hanya dapat 9 oz ms bekerja, n pagi2 dalam 3-4 oz..malam plak sy xsmpat pam sbb bb akan bgn dulu sblm alrm sy berbunyi.

Biasanya bb akan habiskan 15 oz sepeninggalan sy ms kerja..cuma akhir2 ni 15 oz tu habis dlm pkul 2 ptg..bb sitter terpaksa bagi air masak bila dia mengamuk..mcm mana nak buat..sy dah cuba makan mcm2 tp hasilnya ttp sama..skrg ni apa yg sy pam akan dipakai esok hari..xle nak wat stok langsung

Kadang2 sy risau..kesian sgt kat anak sy..blhke sy tambahkan susu bila wat power pumping..sbb period dah datang.., sy nak try jugak pil ASI tp xtau kat mana nak cari..sbb kat kedai2 xde stock..

Ada sesiapa yg blh bg pandangan..sy tkt smkn hari smkn risau n xsanggup tgk bb muntah2..

Posted on: 2010/9/1 17:01
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#2
Kenalan Baru
Info
maafla nak tanya...sbb sya x brp tahu sgt...kalau period datang...akan prob ker...

Posted on: 2010/9/2 8:34
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#3
Kenalan Baru
Info
Salam...

cuba baca link kat bawah ni...link ni suggest guna cal mag utk maintain pengeluaran susu...

hopefully membantu...

supplements/multivitamin

Posted on: 2010/9/2 10:35
_________________
[url=http://lilypie.com][img]http://lilypie.com/pic/2010/04/13/WbnQ.jpg[/img][img]http://lbff.lilypie.com/3ZXqp8.png[/img][/url]
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#4
Kenalan Baru
Info
tima kasih byk2

Posted on: 2010/9/2 10:42
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#5
Rakan Arif
Info
Quote:

Biasanya bb akan habiskan 15 oz sepeninggalan sy ms kerja..cuma akhir2 ni 15 oz tu habis dlm pkul 2 ptg..bb sitter terpaksa bagi air masak bila dia mengamuk..mcm mana nak buat..sy dah cuba makan mcm2 tp hasilnya ttp sama..skrg ni apa yg sy pam akan dipakai esok hari..xle nak wat stok langsung


keperluan bb memang akan bertambah dengan usia dia..ataupun bb tgh growth spurt..masa pantang takde kumpul stok ke? masa ni la nak guna, jgn sayang nak guna sampai terpaksa bg FM&air masak krn bahaya air masak pada bb bwh 6bln sbb ia akan Merencatkan Tumbesaran, Merencatkan Akal, Mengancam Nyawa dan Mengakibatkan Sawan Tarik..

mengenai nak kumpul stok, kan kita gantikan 1-2bekas yg pam ari ni dgn stok utk menjaga spy stok yg lama2 tak expired, takpe kalau buat sementara waktu stok tak bertambah

ank muntah tu mungkin disebabkan lactose intolerance..blh check dgn Doc

Quote:

PETUA (tak ingat sumbar)
Pemakanan

Lobak Putih
Sawi
Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang
Cekur Manis
Kacang Hijau
Kacang Tanah
Daun Kucai
Petola, bayam, daun turi
kacang edamame

Minuman

Minum susu
Air masak
Longan Kering
Halba
Oat
Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
Soya
Kurma
Madu

Supplement

Milkmaid Tea -
GNC fenugreek -
Pil ASI
Melilea Greenfield Organic
Melilea Organic Soya Drink
Organic Henry
Bidadari DCL
Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing.... kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

Pil hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau
tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Ataulenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm
pantang.

Psikologi

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu
semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan
cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa
mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kitateringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan
payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan
lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur,perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory,more demand, more supply

Masa pengepaman

1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.


Beberapa cara mengepam yang berkesan:

a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik. Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.
d)Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

Semoga petua-petua ni dpt membantu ibu2..

Posted on: 2010/9/2 12:59
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#6
Kenalan Baru
Info
Stok yang sy buat mmg dah abis langsung..stok ms dlm pantang hari tu habis digunakan masa sy dmm ms 1st week kerja..masa tu langsung xde susu, pam pun dpt 2 oz je..

bila tgk kakak ipar blh dpt 20 oz ms kerja..rs mcm hilang dah confidence..tp sy kene kuat jugak sbb bb xle minum FM..ms kerja sy dapat pum 9 oz je..plg byk 1 hari 1 mlm pun 12-15 oz..tgh mlm xdpt nak pam sbb bb bangun sblm alarm sy bunyi :)

hasrat hati mmg nk BF je..tp stok xde, BM pun xbyk mana..mcm mana la kalau sy kene kerja luar kawasan..smlm pn bb sitter call bg tau susu abis..terpaksa hantar stok utk d next day..hmm..jeles baca dlm SI org blh produce byk susu...huhuhuhu


Posted on: 2010/9/2 13:24
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#7
Kenalan Baru
Info
salam ayiessa,

pertama sekali ayiessa kena positifkan minda, cuba kata susu kita byk, susu byk, susu byk...cuba kata aku boleh, aku boleh, aku boleh...n doa moga allah limpahkan rahmat susu pada anak...

rule of thumb untuk pengeluaran susu adalah depend on permintaan..lagi byk ransangan permintaan pada breast samaada direct feeding dgn bby atau pump akan sampai ke otak sebagai permintaan untuk menghasilkan susu. begitu jgkkalau breast dikosongkan dgn baik setiap kali pump atau direct feeding, akan sampai ransangan untuk kuantiti susu yang akan dihasilkan. kesimpulannya, lagi byk breastfeed dan kekerapan mengosongkan breast ngan baik akan menghasilakn lg byk susu.insyaallah.

menyusu ada pantangnya dari segi ubatan..kalau ayiessa ambik pil perancang yang sebarangan akan mengurangkan dan mengeringkan susu..pil perangcang yang sesuai adalah noriday dan postinor.

elakkan stress..diri kita adalah kilang susu yang akan beroperasi bergantung pada emosi. kalau stress dan susah hati selalu, hormon susu akan menurun dan susu x dapat dihasilkan dengan baik.

saya faham denagn apa yang ayiessa alami.kita kena kuatkan diri sbb kiat adalah ibu kepada anak kita dan kita akan sentiasa cuba mencari dan menjadi yang terbaik. insyaallah.

Posted on: 2010/9/2 14:39
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#8
Rakan Arif
Info
ayiessa, kisah awak sejarah saya..saya laluinya..saya rasa perit awak..tapi Alhamdulillah sehingga kini anak saya 2tahun 2bulan masih menyusu badan..saya sekadar kongsikan rentetan cerita saya.

saya sadaya upaya untuk menolak FM,jadi saya terpaksa pam walaupun dapat sikit, kalau anak saya bangun sekali masa saya nak pam, saya akan pam sebelah&direct sebelah

Quote:

Posted on: 2009/4/21 15:24
Re: Frustnye susu dah tak banyak

Quote:

ibu_lala wrote:
hyperstimulation tu apa??
saya pun jenis yang susu sikit. apa yang perlu saya buat ek? nak kena pump selalu ke? biasanya kalau perah pun dapat dlm 1 oz je. frust betul. my mom pun tak support bf ni. orang tua lah katakan. lebih suka FM.


hyperstimulation tu pam 15min,rehat 15min,pam lg 15min&teruskan smpai 2jam..tp ntahlah ada gak yg kata pam 20min rhat 10min..tp saya buat yg 15min tu..ia utk mrangsang phasiln susu dlm wktu yg singkat..tp bdn sy xdela
extreme sgt utk pningkatnnya tp blh la..skdar jaminan xkaco frozen EBM hehehe..

&bg saya juga kuantiti stiap pam tu xpenting yg penting jumlah kuantiti yg saya dpt dlm 1hari.. anak saya mmerlukan 16-19oz 1hari..kalau dpt sikit lg kerap saya mgepam..kalo dpt byk,penyakit M.A.L.A.S pun menjelma..

dulu skali mgepam leh dpt 5-6oz,skrg 3oz la plg byk pun tp akan diusahakn smpi titisan yg terakhir..huhuhu

jadual hyperstimulation:
5.15am : PAM - 1oz
5.30am : gosok bj
5.45am : PAM - 3oz
6.00am : smbhyg subuh
6.15am : PAM - 1oz
6.30am : stiap bubur reza
6.45am : PAM - 1oz
7.00am : bsiap utk g keja

jadual mgepam biasa:
10.00am : PAM -3oz
1.00 pm : PAM-3oz
4.00 pm : PAM -3oz
7.00 pm : sbelah PAM,sbelah susukan reza -1oz
10.00 pm : sbelah PAM,sbelah susukan reza -1oz
12.00 pm : sbelah PAM,sbelah susukan reza -1oz
12.00 pm : sbelah PAM,sbelah susukan reza -1oz

TADAAA..jumlahnya tetap 19oz kan..so,skadar nasihat dr budak mentah..usahakanlah w/p susu makin merundum..



saya pun pernah 'rs mcm hilang dah confidence' nak2 bila orang dapat pam punyalah banyak

Quote:

Posted on: 2009/5/20 12:43
Re: Jadual pam susu

Quote:

aniesz_83 wrote:
nape ye kt kena pam 1 oz je.apa beza kalau sekali pam trs dpt 9 0z.saya pam mcm ni......
7.00am=9oz
12.30pm=90z
4.30=70z
7.30pm=90z
10.00pm=50z
2.30am=80z
ok je apa saya wat tu sebab saya bg baby minum pki botol xda buat direct BF.sila beri komen...TQ.


20/05/2009 –
5.00 am : pam (singlepump-avent isi uno) – 5oz
7.30 am : sblm btolak g keja salam husband smbl bgtau “eda gmbira sgt ari ni sbb pam pg td dpt 5oz”..(hati gembira xtkira coz dh lama giler xdpt byk tu)
8.00am : smpi tmpt keja on pc trs buka susuibu.com
BARU ARI NI SAYA TERBACA post aniez_83..
pas2 buat keja sambil teringat2 psl post aniesz_83 (sedih&rasa terhina,xtau nak luah kat sape)
10.00am : pam (doublepump-S3) – 2oz (SIKIT JE KAN?)
11.10am : Ducthlady call sbb nak bg sampel susu percuma (lagila btambah sedih)


kat sini saya nak mluahkan perasaan leh? Tengah sedih sgt ni..huhhuhu

aniesz_83,
Dulu ms anak saya kecil, w/p xsemewah awak, skali pam leh la dpt 5-6oz..
Bila dia makin mbesar, susu merundum..plg byk pun stakat leh dpt 3oz&yg PLG KERAP 1oz..saya dah telan pelbagai petua utk mpbanyakkan susu..xkira apa,org bgtau saya g cari..menangis&mrintih dah puas dah..sampai 1ketika husband ckp “cukupla eda bg susu bdn,susu eda sikit sgt”..lgla saya meraung..&1 ari saya pegang kaki anak saya&bjanji akan terus berusaha w/p pam dpt 1titis je..maka tercetusla jadual pam tu..
Jadual tu pd mulanya di post pd thread “FRUSTNYE SUSU DAH TAK BANYAK” dan jadual tu mmg hanya layak di post pd thread tu je..kmdn ia dicopy w/p xlayak dimasukkan pd thread ni sbb susu saya mmg xbanyak&xpatut dijadikan contoh..

Aniesz_83,
Semua ibu berimpian susu smewah awak tp kalau DIA YANG MEMBERI REZEKI belum nak mmakbulkan impian kami,kami hanya mampu berusaha..


kemudian saya jumpa kaedah terbaik untuk mengepam, untuk diri saya saya amat sesuai guna medela freestyle, setiap orang berbeza mungkin ayiessa sesuai dengan pam jenis lain, cara mengepam pun kena tahu gak..saya suka yg ada 2 fasa, stimulation&expression..so, setiap masa kita leh buat ala2 hyperstimulation

Quote:

Posted on: 2009/9/2 12:48
Re: Calling all Medela Freestyle breastpump users

Quote:

ibusaadiah wrote:
Edalan,
saya buat ala2 hyperstimulation gitu. Pam 8-10 min stop 1-2min ulang2 dlm 40 min. saya buat time kat rumah sbb senang masih dpt teruskan keje rumah w'pun agak lama ngepam. kalu kat tpt keje leceh sket asyik ada meeting t/hari so x sempat nk spend time lelama. tension deh!! time rehat kita pon nak dikacaunya. selalunya dpt let down berkali2 ni bila double pumping. saya gumbira sungguh bila dpt byk LDR sbb susu saya dh makin kurang. sblm ni nk dpt 3 oz pun 'bercinta' ngepam masa pakai harmony. la ni dpt la 4-41/2 oz. syukur..w'pun x byk mana tp itula rezeki anak saya sekurg2nya masih dpt merasa susu ibu sepenuhnya.



oh ibusaadiah, kaula sumber ilhamku..
tima kacih banyak2..

stat ari jumaat ari tu saya try cara ibusaadiah, mmg leh dpt LDR byk kali tp dgn syarat kena rehat 1-2minit..
sblm ni kalau saya cuma ada 20minit je kat opis utk mgepam(time2 tdesak),saya direct je 20 minit tp skrg buat 10min-10min..pg smlm leh dpt 6oz&pkl 9.30td dpt 4oz..best tul perasaan ni..
p/s:kalau nak cpt LDR utk 2nd time,yg 1st time pump tu kena btl2 kosong kalau xlmbt sket nak dtg LDR tu



saya tak amik masa 1minggu atau sebulan untuk jumlah stok saya berada dalam keadaan stabil, tapi hanya lepas setahun

Quote:

Posted on: 2009/9/15 12:24
Re: Lepas pantang 0oz..Dah setahun lebih 240oz


bukan utk riak atau mnunjuk2, sekadar ingin myuntik semangat kepada kawan spejuangan agar bpantang maut sebelum ajal..(heheh boleh ke guna peribahasa ni)

saya dulu bpantang dpt kumpul 7-8bksx5oz kot, bpantang kat melaka,abis pantang kena travel balik kelantan,masa tu hasbund tny,"susu ni nak bawa balik ke?"
saya dgn selamba jawab "buang je la,kat umah nnti pam lg"
yela centek ilmu pyusuan susu ibu sgt2,pastu masa pantang 1kali pam leh dpt 8oz(bkn xde nilai tp yela tengah mewah xkisah mbazir),so saya buat calculation sendiri,kat opis pam 2x leh dpt 16oz,cukup utk kperluan keesokkan harinya..

start masuk keja,baru saya sedar mcmmana getirnya nak maintain kperluan anak..susu lak makin hari makin merundum..bbulan2 saya struggle utk cukupkan bekalan,dalam peti ais xpenah lbh 5x5oz frozen EBM,tu pun selalu kena rembat..huhuhu
Penah gak,time yg sgt2 getir mcm bb kena growth spurt ke,saya lebih rela amik EL dr bg anak telan susu lembu..

Skrg ALHAMDULILLAH, usaha tu tangga kejayaan
Bulan Ramadhan kali ni dtg dgn mmbawa rezeki buat anak



dan penutup kisah saya,

Quote:

Posted on: 2009/11/26 11:21
Re: Kongsikan Pengalaman Penyusuan Anda!


Coretan buat reza, anak yang mama susui hingga kini, mama teringin sangat mengabadikan kisah kita ni laman susuibu.com ini buat tatapan umum bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi mama ingin sekali khabarkan kepada dunia betapa mama sanggup berkorban apa saja demi memberikan yang terbaik buatmu sayang..

Saat berpantang mama mewah dengan susu hingga mama terlalai mengumpul stok buatmu, bak kata pepatah “dah terantuk baru terngadah”, mama bagai terjaga dari lena bila kuantiti susu yang pam merundum dengan mendadaknya sewaktu mama kembali berkerja. walaupun kerap mengepam kerana mungkin kurang ransangan dari bibir mongelmu..Tanpa mengenal erti jemu dan putus asa, mama berdikit-dikit mengumpul bekalan buatmu, jika mama dapat sekadar menutup dasar botol pun mama teruskan jua, mama berbisik dengan harapan InsyaAllah lepas ni akan dapat lebih.

Reza anak mama,
Dugaan mama bukan setakat itu sahaja, memang dengan susu mama, berat reza naik kepada 5.3kg selepas 2bulan kelahiran tetapi berat reza seakan statik bila masuk bulan ke-4 hingga sekarang berusia 1tahun 4bulan berat reza cuma 9kg. Reza juga kerap demam, batuk, selsema,ekzema..Mengidap chickenpox sebelum 1tahun&serangan rotavirus ketika berusia 1tahun 3bulan. Tamparan hebat buat mama sayang.
Tak cukup dengan itu, perkembagan reza normal tapi dijadikan perbandingan dengan kanak yang cepat. Katanya reza lambat berjalan dan bercakap walaupun reza dah berjalan pada usia 1tahun 3minggu dan sekarang reza dah pandai cakap sikit-sikit kan. Hati mama luluh reza. Mama sering tertanya dimana silap mama?

Tafakur memikirkan tidak cukupkah mama memberikan yang terbaik?. Dalam saat mama termenung, reza datang menghampiri mama, memeluk dan mencium pipi mama berkali-kali..Alangkah bahagianya mama..

Saat itu mama mula yakin, setiap titis susu mama bukti jalinan cinta kita. Hari ini ketika reza belum mengenal cinta lain selain mama, belum rasai zalimnya dunia, peritnya dikhianati, dengkinya manusia, sungguh tulus dan suci kasih sayang reza buat mama..Hati mama terdetik, adakah kasih reza buat mama 20, 30 atau 60tahun dari sekarang tetap sama?

Dalam hati mama berdoa,jika bukan berat reza jadi ukuran, jika bukan antibodi reza jadi taruhan dan jika bukan perkembangan jadi bukti khasiat susu mama. Bagi mama, cukup sekadar cinta dan sayang reza tidak berubah hingga akhirnya

Jika suatu hari nanti tidurmu bukan lagi ditemani ‘nenen’ mama, mimpimu tetap pada mama. Jika suatu hari kejauhan yang memisahkan kita, doa reza kekal buat mama.
Jika hari ini mama bangun pukul 3&5 pagi untuk mengepam..Esok-esok bila reza dewasa kalau reza terjaga waktu sebegini, reza ingat mama ya. Bisikkan pada teman tidurmu, “waktu-waktu begini mama bangun untuk dapatkan 1-2oz lagi..”



Posted on: 2010/9/3 7:40
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#9
Kenalan Baru
Info
terima kasih edalan sbb kongsi cerita..hrp2 ni dpt naikkan balik semangat sy..sy akan cuba mcm yg awak cakap..n mampu nak kumpul stok balik..

hari ni anta 15 oz je kat baby sitter..harap2 cukup utk bb...

Posted on: 2010/9/3 8:16
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Apa nak buat ni...
#10
Rakan Karib
Info
seronok n bersemangat saya baca kisah edalan.. moga saya juga success spt itu.. amin.. selamat menyambut aidilfitri..

Posted on: 2010/9/4 13:05
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image