Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
33 user(s) are online (23 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 33

more...

Members Baru
MColleano 2014/4/25
konnor3839 2014/4/24
YWakehurs 2014/4/23
regina8539 2014/4/23
toojae3Loh 2014/4/23
IFurnell 2014/4/22
yazmin1725 2014/4/22
farayassir 2014/4/22
MHenderso 2014/4/20
HAngela 2014/4/20


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users






Anak buang air besar terlalu kerap
#1
Kenalan Baru
Info
Saya ingin meminta pendapat atau pandangan drp members yg ada pengalaman atau tahu pasal bab nie. FYI anak saya berusia 11 bulan, sejak 2 minggu nie, dia kerap buang air besar, sehari lebih kurang 7 - 8 kali. Dia minum susu Dutch Lady Langkah 2 (6 - 36 mths), baru tukar dari Langkah 1 ke Langkah 2 lebih kurang sebulan lepas.

Betul ke ada pendapat mengatakan saya kena bertukar ke susu soya selama seminggu, baru lah beralih ke susu biasa semula???

(Saya dah tak menyusu badan kerana dah mengandung anak kedua)

Posted on: 2005/5/31 12:19
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Anak buang air besar terlalu kerap
#2
Webmaster
Info
Secara peribadi, saya tidak mempunyai pengalaman dengan susu formula kerana kedua-dua anak saya menyusu badan sepenuhnya sehingga 2 tahun dan mereka memang tidak menggemari susu formula.

Walau bagaimanapun, apabila seseorang bayi menghadapi keadaan kerap buang air besar, perhatikankan keadaan najisnya. Jika najisnya terlalu cair berkemungkinan dia mengalami cirit birit akibat tersalah makan (atau perubahan susu). Periksa juga kedaan punggungnya, kerana jika terlalu kerap buang air besar, boleh menyebabkan punggungnya sedikit melecet. Bawalah anak berjumpa doktor kanak-kanak untuk memastikan keadaan bayi.

Memang penggunaan susu formula kadangkala agak rumit untuk mendapatkan jenis yang sesuai untuk sesetengah bayi. Ini kerana pembuatannya adalah bukan semulajadi. Oleh itu, ibu terpaksalah melakukan kaedah cuba jaya sehingga menemui formula yang sesuai untuk bayi tersebut.

Penggunaan susu soya biasanya dicadangkan apabila bayi menghadapi masalah alahan terhadap susu lembu. Ini kerana protin di dalam susu lembu (yang telah dicampurkan di dalam susu formula) adalah kurang bersesuaian dengan keperluan protin bagi sesetengah bayi. Oleh itu, bagi bayi sebegini, susu soya dapat membantu mengurangkan risiko alahan.

Wallahua'lam

Posted on: 2005/6/2 12:30
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Anak buang air besar terlalu kerap
#3
Kenalan Baru
Info
Terima kasih atas nasihat tu....Saya telah pun menukar ke susu soya, nampaknya ada perubahan la. Kekerapan buang air dah menurun, hanya 3 kali saje dan dia dah mula makan nasi macam biasa.

Terima kasih.

Posted on: 2005/6/2 14:19
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Anak buang air besar terlalu kerap
#4
Anonymous-Anonymous
saya nak bertanya tapi bukan kes kerap buang air besar. ini kes baby saya yang berusia 3 bulan (hari ni-7/6) tak buang air besar dlm sehari (pada 6/6). adakah ia normal. saya risau juga kerana dia menangis (mungkin tak selesa), kembung agaknya. selepas di sapu minyak dan dituam perutnya, dia kentut tapi tak buang air besar hinggalah ke pagi esokkannya (7/6). kenapa ye? saya ada makan pisang lemak manis, seulas cempedak dan secubiit makjun manjakani (sekali sahaja sehari, baru mula semalam - 5/6). adakah kerana pemakanan saya ni menyebabkan dia tak buang air besar?

Posted on: 2005/6/6 9:30
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Anak buang air besar terlalu kerap
#5
Webmaster
Info
Sukar untuk saya pastikan sebab musabab kenapa anak puan jadi begitu. Tetapi bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, adalah perkara biasa jika pada sesetengah hari dia tidak membuang air sebegitu kerap dari hari biasa. Tetapi jika tabiat itu diiringi dengan keadaan seperti kurang selesa dan bayi menangis seolah sakit perut, anak puan perlu dibawa berjumpa doktor untuk mendapat kepastian.
Mengenai pemakanan puan, saya berpendapat memang ada sesetengah makanan boleh memberi kesan sampingan terhadap ibu dan juga bayi yang disusuinya. Dari pengalaman saya sendiri, saya memang tidak boleh memakan cempedak walau seulas apatah lagi pada waktu baru-baru lepas bersalin. Ini kerana cempedak memang terkenal dengan masalah angin bagi kebanyakan orang.
Oleh itu, jika puan tidak pasti tentang apakah makanan yang perlu dijauhi, puan boleh mencuba sedikit dahulu, jika ianya nampak memberi kesan buruk, cuba jauhinya pada masa akan datang agar perkara sama tidak berulang.

Wallahua'lam

Posted on: 2005/6/6 11:06
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Anak buang air besar terlalu kerap
#6
Kenalan Baru
Info
Assalamualaikum...

Saya pernah mengalami situasi sedemikian, tapi pada waktu itu saya masih dalam tempoh berpantang dan menyusu badan sepenuhnya, malah anak saya tidak membuang air besar selama 2 hari. Saya ada bertanyakan jururawat desa dan pakar, kata mereka 'sekiranya anak tidak menangis, meragam dan kembung, itu adalah normal bagi bayi yg menyusu badan, malah jangkamasa seminggu tidak membuang air besar dikatakan tempoh maksimum bagi bayi yg menyusu susu badan'.

Wallahualam.

Posted on: 2005/6/6 15:46
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Anak buang air besar terlalu kerap
#7
Anonymous-Anonymous
terima kasih atas maklumat yang diberi. tak ada la saya risau lagi. maklumlah selama ni dia biasanya akan buang air besar, tak pernah miss. sekali ni aja ter"miss" buang air besar cukup merisaukan saya. sekarang saya sudah maklumlah. lagipun mlm tadi dia dah berak. bukan main banyak lagi sampai bocor pampers dia. sekarang dia dah ok dan tak meragam lagi.

Posted on: 2005/6/7 11:13
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Anak buang air besar terlalu kerap
#8
Kenalan Baru
Info
As salam.. anak saya berumur 4tahun sekrang ni..dia kerap sangat buang air besar..perkara ni dh lma jd..najis dia xcair mcm biasa tp sikit-sikit seolah dia tdak puas buang air besar..dlm sehari 7@8 kali dia buang air besar.. badan dia yg dulu cubby sekarang dh kurus sangt..dia ,inum susu formula. 123dutch lady(madu).. g cek doctor ckp puncanya mungkin susu..saya dh try tukar susu tp dia xnak.. dlm bulan lepas dia xda lg kerap buang air besar tetapi najis dia keras sgt dn sebesar penumbuk dia.. (sekali keluar najis 3 ketul) tu yg membuat dia takut tuk membuang air besar.. lepastu bulan ni dia kembali kerap membuang air besar(pampers rugi)najis keluar sikit2 tetapi kerap sgt..Dan bahagian buntut dia dh melecet dn luka2 sbb terlalu ketap buang air besar.. sya ingin meminta pandangan dan punca mengapa jd cmni.. terima kasih

Posted on: 2013/4/5 14:06
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati







You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image