Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
30 user(s) are online (16 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 30

more...

Members Baru
tikarasha 2014/4/16
Snowball99 2014/4/16
S9069 2014/4/15
JOgle 2014/4/14
CLipscomb 2014/4/14
ummiteeya 2014/4/14
DAckman 2014/4/13
CParamor 2014/4/13
AWalker 2014/4/12
T7731 2014/4/11


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 »


PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#1
Rakan Karib
Info
Sudah lama sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman luar biasa saya menyusui dan mengerjakan umrah di Tanah Suci bersama anak saya yang pada waktu itu berusia 16 bulan ++ (Mac 2010) dengan ibu-ibu di laman ini, tetapi baru hari ini saya benar-benar berpeluang untuk menyempurnakan niat saya itu di sini... Banyak sekali pengalaman indah dan pelik-pelik yang saya alami di Tanah Suci, namun di ruangan ini, yang akan saya kongsikan cuma adalah yang berkaitan dengan penyusuan dan keibuan sahaja.


3 BULAN SEBELUM KE TANAH SUCI

Tiga bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci (anak saya pada waktu itu 13bulan), ada suatu perkara yang terjadi ke atas diri saya sehingga menyebabkan bekalan air susu saya merudum dengan teruk, sehingga sewaktu saya cuba untuk memerah susu, hanya beberapa titis sahaja yang keluar, nak dapat 1 oz pun susah. walaubagaimanapun dalam tempoh 3 bulan sebelum kepemergian saya ke Tanah Suci, anak saya itu tidak sesekali merungut dan nampaknya dia tetap kenyang dan puas selepas menyusu walaupun saya sangat sedar KUANTITI air susu saya yang masuk ke dalam perutnya itu sangat sedikit. Di sini saya ada menceritakan pengalaman saya tentang itu, KUALITI VS KUANTITI AIR SUSU IBU


MUKADDIMAH DI TANAH SUCI

Sebaik sahaja kami sampai di Masjidil Haram, tiba-tiba anak saya itu sujud. Tidak pernah saya melihat dia sujud sebegitu sewaktu di Malaysia. Begitu juga apabila kali pertama kami menjejakkan kaki di Masjid Nabawi, anak saya itu juga tiba-tiba sujud. Betapa sucinya YANG MAHA SUCI. Terus ditunjukkanNYA kepada kami sebaik sahaja sampai di sana melalui seorang anak kecil yang masih suci itu; siapa TUHAN dan siapa itu Hamba...

Kemudian hendak dijadikan cerita lagi, anak saya sebaik sahaja sampai di Tanah Suci (Mekah dan Madinah), dia tiba-tiba akan menangis apabila didukung atau diambil oleh suami saya. Sedangkan sewaktu di Malaysia, anak saya itu sangat gembira sekiranya didukung atau diambil oleh ayahnya itu. Perancangan saya dan suami sebelum berangkat ke sana adalah untuk melakukan sistem giliran; sewaktu saya melaksanakan ibadah, dia yang menjaga anak kecil, dan sebaliknya, tetapi benarlah, manusia itu hanya merancang, TUHAN jua yang menentukan segala-galanya.

Oleh itu, ketentuannya, sepanjang 17 hari berada di Tanah Suci, hampir setiap waktu anak saya itu tidak mahu berenggang dengan saya. Dari situlah bermulanya pengujian ketabahan dan kecekalan seorang ibu di Tanah Suci yang ingin melaksanakan ibadah apabila ibu itu diuji dengan anak kecilnya yang tiap saat tidak mahu berenggang dengannya.

Pada awalnya di sana, bekalan air susu saya sangat-sangat sedikit sepertimana yang saya ceritakan di atas. Walaubagaimanapun, oleh kerana itu sahajalah sumber makanan yang diingini oleh anak saya, sentiasalah dia berada di dalam jubah saya untuk mendapatkan bekalannya itu ketika saya sedang melakukan ibadat di sana seperti tawaf, sai'e, membaca Al-Quran, menziarahi makam Rasulullah dan mendaki Gua HIra' dan Gua Thur. Cuma oleh kerana di sana saya memakai jubah yang bersaiz besar dan tudung labuh yang besar, maka tiada masalah untuk dia berlindung di dalam "kelambu" saya itu...Dan untuk mengerjakan solat wajib, alhamdulillah, rezeki saya, biasanya setiap kali saya ingin solat, pada waktu itulah, waktu dia ketiduran... Jika dia tidak tidur, saya tidak akan mengikuti solat jemaah.



PENGALAMAN LUAR BIASA SEWAKTU MENYUSUKAN ANAK SEMASA SEDANG SAI'E

Banyak-banyak pengalaman indah dan pelik yang saya alami sewaktu di Tanah Suci, pengalaman yang akan saya ceritakan ini adalah antara yang paling luar biasa yang saya alami di sana.

Saya mula melakukan ibadah sai'e pusingan yang pertama dengan berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan mendukung anak saya itu. Apabila sampai di pusingan ke-tiga, anak saya itu merengek inginkan susu. Maka sambil berjalan, sambil saya masukkan dia ke dalam "kelambu" saya itu dan maka menyusulah dia sambil saya sedang berjalan melakukan sai'e.

Tatkala saya sedang melakukan sai'e untuk pusingan yang kelima, pada waktu anak saya itu sedang tekun menghisap air susu saya di sebelah kiri (yang hanya keluar beberapa titis itu sahaja), tiba-tiba AIR SUSU SAYA YANG SEBELAH KANAN KELUAR MEMANCUT-MANCUT SEHINGGA HABIS BASAH JUBAH SAYA YANG SEBELAH KANAN!. Terkejut saya, sehinggakan saat saya meneruskan sa'ie itu untuk menghabiskannya sehingga tujuh pusingan, air mata saya mencurah-curah turun, dan hati saya hanya mampu berkata, "Ya ALLAH, benarlah ENGKAU itu MAHA KUASA!!!"

Dan keesokannya, saya demam kerana bengkak susu! Dan alhamdulillah, syukur kepada-NYA, sehingga ke saat ini, air susu saya masih lagi tidak putus bekalannya walau saya sedang merancang untuk menceraikan susunya kerana usianya sekarang ini sudahpun 2 tahun ++.


IKTIBAR & MOTIVASI: AIR ZAMZAM HEBAT KERANA IA ADALAH AIR ZAMZAM ATAU KERANA IA MUNCUL DARI KECEKALAN DAN KETABAHAN KASIH SEORANG IBU?

Pengalaman saya itu membuatkan saya sangat insaf. Air zamzam yang keluar saat Siti Hajar berulang alik daripada Bukit Safa dan Bukit Marwah itu sangat diagung-agungkan dunia. Namun sedarkah DUNIA bahawa air zamzam itu tidak akan keluar sekiranya IBU TABAH & CEKAL ITU YAKNI SITI HAJAR TIDAK BERLARI-LARI UNTUK MENDAPATKAN SETITIS AIR BUAT ANAKNYA ITU...BENAR, SITI HAJAR ITU ISTERINYA SEORANG NABI, TAPI BELIAU ITU ASALNYA CUMALAH SEORANG HAMBA, TAPI HEBATNYA PENANGAN SEORANG HAMBA YANG BERGELAR SEORANG IBU YANG TABAH & CEKAL ITU APABILA SEKARANG INI SELURUH DUNIA BEGITU MENGHARGAI DAN MENGAMBIL MANAFAAT DARI AIR ZAMZAM ITU...!

(walau pengorbanan Siti Hajar itu seperti tidak begitu dihargai...hanya air zamzam hasil pengorbanannya seorang IBU yang dihargai dunia...)

WAHAI IBU-IBU SEKALIAN, BERBANGGALAH KERANA KALIANLAH SEORANG WANITA YANG BERGELAR SEORANG IBU...WALAU MUNGKIN KALIAN MERASAKAN KALIAN TIDAK DIHARGAI, TETAPI INGATLAH, TUHAN ITU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. SEMPURNAKANLAH KEPEREMPUANAN KITA DENGAN BENAR-BENAR CEKAL DAN TABAH UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUAT SI JANTUNG HATI...

*******************
Banyak lagi pengalaman saya di sana yang berkaitan dengan penyusuan dan keibuan, insyaALLAH akan saya update lagi nanti di ruangan ini. Waktu saya sangat terhad untuk saya online di sini dalam waktu yang lama.

Posted on: 2011/1/14 18:42
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#2
Rakan Arif
Info
salam... thanx for sharing this great xperience...

Posted on: 2011/1/14 19:41
_________________
Original Image

Original Image

I'm a certified PC, pm me if u do need help..
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#3
Kenalan Baru
Info
salam..
bestnya..kisah yang sangat bermakna.. :)

Posted on: 2011/1/14 22:38
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#4
Rakan Karib
Info
Subahanallah.... Begitu lah Allah sgt sayang dan makhbulkan doa bila kita ikhlas...

Bila lah kita akan jadi tetamu Nya...

Moga air susuku juga byk utk bayiku... Amin...

Posted on: 2011/1/15 6:48
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#5
Rakan Arif
Info
subhanallah...rase sebak bace kisahni...alhamdulillah semoga usaha kita dipermudahkan...insyaallah

Posted on: 2011/1/15 7:43
_________________

Original Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#6
Kenalan Baru
Info
terima kasih kak kerana sudi berkongsi kisah yg sgt sgt menarik dan memberi banyak pengajaran ni...

Posted on: 2011/1/15 19:47
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#7
Rakan Setia
Info
Assalamualaikum....

Puan Yang dirahmati,

Tersentuh,membaca coretan puan,begitulah kekuasaan Allah s.w.t yang diperlihatkan secara terang-terangan kepada hambaČ yang terpilih...alhamdullilah....semoga perjuangan dan perjalanan kita semua mendapat keredhaan dan dipermudahkan olehnya .....

Terima kasih kerana sudi berkongsi kepada kami disini...Coretan yang sgt berharga....

→ Khalifah,Isteri,Anak,Ummi
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor - Kalau perlu bantuan,saya sedia membantu...

Posted on: 2011/1/16 1:55
_________________
Original ImageOriginal Image
Original ImageOriginal Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#8
Rakan Karib
Info
kuasa Allah..tersentuh membaca kisah ini.

Posted on: 2011/1/16 18:10
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#9
Kenalan Baru
Info
Subhanallah..menitis air mata bila mmbaca kisah ini..ya allah,semuga semua ibu2 yg berniat utk menyusukan ank dikurniakan hati yg tabah dn semuga tuhan merahmati kita dlm usaha mmberikan yg terbaikm utk anak yg tercinta..

amiin..

Posted on: 2011/1/17 12:09
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI
#10
Kenalan Baru
Info
Subhanallah...Segala puji bg Allah...

Bergenang air mata sebaknya baca kisah ni. mmg mmberi kesan yg mndalam kpd sy. Alhamdulillah, sy dibuka pintu hati utk mmbaca post ini mnimbulkan rasa keinsafan dan kesedaran diri dlm mmberikan yg terbaik buat si comel trsayang...(krana kdg2 timbul rasa malas utk perah susu)

Smga Allah melimpahkan rezeki susu yg melimpah ruah buat si comelku...agar dptku susuinya hgga usia 2 tahun.. Aamiiin...

Posted on: 2011/1/28 16:51
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image