Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
35 user(s) are online (21 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 35

more...

Members Baru
YWakehurs 2014/4/23
regina8539 2014/4/23
toojae3Loh 2014/4/23
IFurnell 2014/4/22
yazmin1725 2014/4/22
farayassir 2014/4/22
MHenderso 2014/4/20
HAngela 2014/4/20
mlyuki 2014/4/18
TSteinmet 2014/4/17


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 »


Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#1
Kenalan Baru
Info
Salam Ibu-ibu hebat semua...

Saya mempunyai anak berusia 4 bulan...start umur dia 3 bulan, dia telah membuang air besar dengan agak kerap (10-15) sehari/24jam....keadaan najis kadang2 normal kadang2 berwarna kehijauan...

Untuk pengetahuan semua, baby saya fully bf....saya telah membawa bayi saya ke 3 buah klinik, namun keadaan tetap sama....

Ade tak sape2 forumer di sini yang pernah mengalami keadaan macam saya???semasa dia sedang direct feeding ngan saya pun, dia membuang...masa sedang tido pun dia membuang...sampai mengganggu wakut tidur dia (perlu dikejutkan, cuci)....

Semoga dengan pendapat anda semua dapat membantu saya...

Posted on: 2011/11/24 16:59
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#2
Kenalan Baru
Info
Salam Irina..

Sy pun baru lg kat sini..anak sy skang ni yg second baru jek nak masuk 2 bln, sblm ni masa dlm pantang kalo ikut kan mmg dia kerap membuang air besar cam anak u juga..mmg x kira masa..kalo time tido lagi la..tau2 jek dah membuak kat dlm pampers tu..cuma sejak2 seminggu ni je dia jarang buang air besar..dah jadi cam 2 hari sekali la pula..tp sy rase kalo dah doktor kate perkara tu x serius mungkin ok kut..

Posted on: 2011/11/24 18:37
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#3
Rakan Karib
Info
ermm.. sy pn setuju klo doktor kte xde ape2.. baby sy berak2 pn mase dlm pantang.. msuk kje dh kurang kdg2 3-4hari baru buang, tp doktor kte baby bf mmg kurang poop.. ntahlah.. tp takut plak klo irina salah mkn or minum bnda yg perut baby xtahan.. cuba check blik ape yg dimkn/minum ye..

Posted on: 2011/11/25 9:45
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#4
Kenalan Baru
Info
Salam Puan Irina,

Saya tak pasti puan amalkan pam ataupun tidak; tapi puan boleh cuba seperti di bawah:-
Najis akan berwarna hijau sekiranya baby hanya minum susu ibu yang foremilk. Bahasa yang mudah, foremilk ni macam baby hanya minum air. Mungkin itulah sebabnya bayi banyak kali membuang air besar..
Cuba berikannya susu yang mengandungi hindmilk (seperti makanan kepada bayi), susu hindmilk keadaannya lebih pekat dan berwarna kekuningan. Salah satu cara yang saya buat ialah :-
1) pamkan susu dalam 20 minit... sekiranya keadaan susu tersebut agak cair.. letakkan di belah bawah peti ais.. selepas 2-3 jam/ selepas menyusukan anak, pam sekali lagi dan masukkan ke dalam peti ais belah dalam sejam ke 2 jam, kemudian campurkan susu cair yang tadi.. make sure, susu yang dicampur di dalam suhu yang sama...
2) Pamkan dahulu susu sebelum baby direct feeding. Selepas baby selesai menyusu, pamkan sekali lagi dan dengan susu yang dipam tadi.

Pantau pemakanan puan.. perbanyakkan makan/minum yang berserat. Kurangkan/berhentikan jamu/ubat-ubat/krim yang mungkin membuatkan perut bayi puan sensitif. Sekiranya puan mengambil sebarang ubat, make sure sebelum membeli, beritahu yang puan breastfeed.

Harap dapat membantu

Posted on: 2011/11/25 15:42
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#5
Kenalan Baru
Info
Wsalam Iena,

Sekarang ni dah berkurang sikit Rayyan berak..dalam kadar 4,5 kali sehari...bagi saya ok lah sikit nak dibandingkan dengan sebelum ni (lebih kurang 10 kali)..saya rasa baby kalau dia breastfeeding, if berak 2 hari sekali, tak jadi masalah kot sebab dia hanya minum susu ibu...takkan sembelit...

Posted on: 2011/11/29 16:41
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#6
Kenalan Baru
Info
Salam Haslindah,

setakat ni saya takde makan ape2 ubat or jamu...sampaikan saya pun dah berhenti minum soya, sunquick...benda2 panas n pedas pun saya elakkan...huhuhuh

Posted on: 2011/11/30 16:43
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#7
Kenalan Baru
Info
Terima kasih di atas penerangan Mommy_Sham...melalui pemerhatian saya ke atas najis anak saya, biasanya normal (warna kuning)...dan jarang2 berwarna hijau (3-4 hari sekali kuar najis warna hijau)...

Saya mengamalkan pam susu semasa time kerja, dan saya perhatikan hasil susu perahan tidaklah terlalu cair..pada permulaannya, memanglah kuar foremilk and selepas beberapa minit, hindmilk akan keluar.

Saya juga tidak makan sebarang ubat atau jamu...dan itu yang membuatkan saya makin runsing....sekarang ni anak saya berak dalam 3-4 kali sehari...adakah itu dikira normal?

Posted on: 2011/11/30 16:52
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#8
Kenalan Baru
Info
Org tue2 kate buruk lampin, sbb baby asik popo je. Tp if 1m or 2m, mmg base kot..buruk lmpin nmnyer..mmg kn guna pmpers yg bnyk. Tp bla da3 or4 m, pmpers pon x gn bnyk. Cm sy, 2 3 kpg je shari..jimat pmpers gak kalo mnum SI

Posted on: 2012/1/2 22:51
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#9
Kenalan Baru
Info
salam,

untuk makluman, sama ada terlalu kerap @ kurang buang air besar, kedua2nya adalah normal bg bayi yg menyusu secara eksklusif (susu ibu shj, tanpa mknn/minuman lain)

Posted on: 2012/1/3 9:55
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah Susu Ibu Boleh Menyebabkan Baby Kerap Berak?
#10
Kenalan Baru
Info
Salam mommies semua.
Saya membaca komen2 diatas.saya juga mengalami keadaan yg sama.bayi saya baru berusia 23 hari.kekerapan berak dan cirit lebih 15kali sehari.setiap 2 jam pampers perlu ditukar.najisnya cair bewarna kuning,berlendir dan berbau hanyir.setiap kali pampersnya sedang ditukar dia akan tercirit lagi dan memancutkan najisnya yg cair.habis seluar dan baju saya.kasihan dia.walaupun najisnya cair tapi mukanya merah padam meneran mungkin utk keluarkan najis ataupon menahan sakit.tapi dia x menangis cuma mengeluh dan xselesa.pungung dan duburnya luka dan merah sudah.utk pengetahuan bayi saya mmg fully bf dan dia sudah lebih 2 minggu cirit birit begini.bibirnya sudah kering.perutnya kadang2 berbunyi.saya sudah ke klinik namun doctor kata mmg normal keadaan bayi sy.tapi cirit biritnya lebih 2minggu saya fikir ini mmg x normal.apa yg perlu sy lakukan?saya sgt buntu dan sedih.

Posted on: 2012/1/9 23:18
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image