Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
38 user(s) are online (1 user(s) are browsing Berita)

Members: 0
Guests: 38

more...

Members Baru
mlyuki 2014/4/18
TSteinmet 2014/4/17
HNoyes 2014/4/17
HCaple 2014/4/16
tikarasha 2014/4/16
Snowball99 2014/4/16
S9069 2014/4/15
JOgle 2014/4/14
CLipscomb 2014/4/14
ummiteeya 2014/4/14


 
   
 
Loading
 
 
 
 

SGM2 : Kumpulan Sokongan Ibu Menyusu Pulau Pinang

Posted by inn243 on 2012/2/14 11:40:00 (1810 reads)
Original Image

Alhamdulillah, sekali lagi MBFPC-Northen Region telah menganjurkan Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu pada 11 Februari 2012 (Sabtu) bermula jam 3.00 petang bertempat di Apartment Casa Prima, Seberang Jaya.

Tajuk perbincangan kali ini adalah “Getting Breastfeeing Ooff to a Good Start”. Memandangkan kebanyakan ibu-ibu yang hadir adalah daripada kalangan mereka yang menyusukan anak, maka perbincangan lebih tertumpu kepada bagaimana mahu membhagikan peranan sebagai ibu, isteri, pekerja mahupun pelajar.

Rata-rata setiap ibu ada perkongsian masing-masing, ada ibu yang sanggup memilih untuk berhenti kerja dan membesarkan sendiri anak-anak mereka. Ada juga yang berkongsi bagaimana mahu memainkan peranan mereka sebagai isteri dan juga ibu. Alhamdulillah, kebanyakan perkongsian pada hari itu positif dimana suami masing-masing membantu mempermudahkan perjalanan penyusuan isteri-isteri mereka.

Tidak dilupakan perkongsian daripada seorang ibu yang sedang mengandung dan pada masa yang sama pernah mengandung semasa belajar. Cerita beliau sangat memberikan semangat dimana anak beliau hanya mahukan susu badan sahaja, maknanya dia akan terkejar-kejar untuk menyusukan anak dan pada masa yang sama menghadiri kelas di universiti. - hebatkan menjadi seorang ibu...dalam masa yang sama mampu buat pelbagai perkara.

Selain itu, ada juga perkongsian bagaimana menggunakan 'Baby wearing' - tanpa perlu mengeluarkan belanja mahal, hanya menggunakan kain batik lepas, cotton dan kain-kain yang bersesuaian juga boleh digunakan untuk menggendong anak. “Baby wearing” ini adalah salah satu penyelesaian kepada masalah anak yang hanya mahu bersama ibu sahaja (tidak dapat melakukan apa-apa kerja lain), jadi menggendong bayi adalah cara yang boleh dipelajari oleh ibu yang mempunyai masalah seperti ini.

Original Image
Puan Norashida Abd Rahman sedang menunjukkan cara-cara mengikat kain batik


Untuk “baby wearing” ini, pilihannya terlalu banyak. Menurut Puan Norashida, seorang ibu perlu mencuba sendiri bagi memastikan ia bersesuaian ataupun tidak kerana selera setiap ibu adalah berbeza.

Original Image
Puan Niza menyusukan anak buat pertama kali sambil menggendong. Dirasakan anaknya mudah tidur dan selesa.


Original Image
Menggendong menggunakan “wrap”


Original Image
Menggendong menggunakan “Mei Tai”


Perjumpaan ini berakhir pada jam 6.00 petang. Banyak ilmu dan perkongsian yang diperolehi daripada perjumpaan kali ini seperti perkongsian tentang tidur bersama anak, cara menggendong bayi, lampin kain moden, di mana semua ini merangkumi “Natural Parenting”. Sehingga bertemu lagi pada 24 Mac 2012 (Sabtu) dengan topik “Breastfeeding Myths and Facts”.

Disediakan oleh : Noorharizah Azfar binti Ali Bahrun, MBFPC (Northern)
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.

Author Thread
misspen
Published: 2012/7/11 16:32  Updated: 2012/7/11 16:32
Kenalan Baru
Joined: 2012/7/11
From: Hussin
Comments: 2
 Re: SGM2 : Kumpulan Sokongan Ibu Menyusu Pulau Pinang
wau..macam mana nak join? saya kat permatang pauh je..tgh mencari2 komuniti sokongan utk ibu bekerja yg menyusu. please let me know event seterusnya..my email fadhilah293@gmail.com

Author Thread
andakilla
Published: 2012/7/28 15:31  Updated: 2012/7/28 15:31
Kenalan Baru
Joined: 2012/5/23
From: penang
Comments: 1
 Re: SGM2 : Kumpulan Sokongan Ibu Menyusu Pulau Pinang
Saya pun tengah mencari juga..di mana boleh sy contct Kumpulan ini
 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image