Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Carian

Advanced Search

Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!

 
 
SmartFAQ is developed by The SmartFactory (http://www.smartfactory.ca), a division of InBox Solutions (http://www.inboxsolutions.net)
Soalan Lazim 
Welcome to the Soalan Lazim Di dalam ruangan ini anda dapat mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang sering ditanya. Anda juga dijemput untuk menghantar komen di dalam ruangan ini.
 Categories summary
Here is a list of the top categories and their sub-categories. Select a category to see the Q&As within.
(1) 2 »
Category Q&A Last Q&A published
 Perihal Penyusuan Susu Ibu
Persoalan mengenai susu ibu dan kaedah penyusuan
17 1) Saya ingin tahu mengapa kekadang susu badan ya...
 Perihal Ibu Angkat dan Penyusuan Susu Ibu
Pelbagai persoalan mengenai penyusuan susu ibu terhadap anak angkat
4 Sekiranya saya tidak dpt menyusukan anak angkat l...
 Perihal SusuIbu.com
Soal Jawab mengenai web portal SusuIbu.com
5 Siapakah yang berada di sebalik SusuIbu.com?
 Perihal Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerja
Pelbagai persoalan khusus untuk ibu bekerja yang ingin menyusukan anak mereka.
5 saya ibu yg bekerja. pada hari minggu saya akan ...
(1) 2 »

 Last published Q&A
Here is a list of the last Q&As that were published.
(1) 2 3 4 ... 7 »
Requested and Answered by Mama on 03-Jun-2005 12:45 (2367 reads)
Warna susu ibu bergantung kepada peringkat susu tersebut. Pada setiap kali penyusuan, peringkat permulaan susu ibu adalah lebih cair kerana ianya mengandungi lebih banyak air berbanding lemak. Setelah bayi minum agak lama, barulah susu yang pekat akan dikeluarkan. Susu peringkat ini mengandungi lebih banyak lemak.

Istilah yang biasa digunakan untuk peringkat susu ini adalah "fore-milk" - susu awalan (cair) dan "hind-milk" - susu akhiran (pekat).

Oleh itu untuk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya, pastikan bayi menghisap sehingga payudara kosong kesemuanya. Biasanya ini mengambil masa lebih kurang 15 -20 minit untuk setiap belah payudara.


Requested and Answered by Mama on 19-May-2005 13:35 (889 reads)
Anak lelaki tersebut jika hanya disusukan oleh kakak kepada ibu yang memeliharanya, akan hanya menjadi muhrim kepada ibu yang memeliharanya sahaja tetapi tidak kepada adik beradik yang lahir dari ibu peliharaannya. Namun dia adalah muhrim kepada kesemua anak kepada ibu yang menyusukannya.

Sila rujuk kepada artikel Perihal Penyusuan dan Anak Susuan - Bahagian 3 untuk maklumat lanjut mengenai perkara di atas.


Requested and Answered by Mama on 19-May-2005 13:37 (722 reads)
Kebanyakan hospital yang menjadi Hospital Rakan Bayi boleh membantu untuk kes-kes sebegini.


Requested and Answered by Mama on 11-May-2005 10:31 (616 reads)
Penghasilan dan pengeluaran susu ibu boleh menjadi berkurangan sekiranya bilangan pemerahan susu atau penghisapan susu semakin berkurangan.

Memanglah kaedah penghisapan bayi terus pada payudara ibu adalah kaedah yang paling baik dan berkesan untuk menstimulasi pengeluaran susu dan mengekalkan tahap bekalan susu. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa ibu yang berjaya meneruskan penyusuan melalui hanya dengan kaedah pemerahan sahaja untuk tempoh yang agak lama. Walau bagaimanapun, ibu-ibu ini telah melakukan pemerahan susu pada bilangan yang agak kerap setiap hari.

Seperkara lagi, ibu yang mengamalkan pemberian susu ibu hanya melalui botol tidak dapat menikmati kelebihan pemberian susu ibu sepenuhnya kerana seringkali bayi tidak mahu diberikan susu ibu melalui botol oleh ibunya sendiri. Oleh itu, ibu mungkin akan terasa sedikit tersisih pada peringkat permulaan. Walau bagaimanapun, setelah bayi belajar menerima susu ibu sepenuhnya dari botol, ibu mungkin boleh memberikannya sendiri.

Selain daripada itu, penggunaan botol juga boleh mengundang masalah kekembungan pada bayi. Ini kerana udara dari botol boleh dihisap bersama susu dan mengakibatkan bayi mendapat sakit perut akibat kekembungan udara. Perkara ini sudah pasti dapat dielakkan jika bayi hanya meminum dari payudara ibu atau meminum susu ibu dari cawan ataupun sudu.

Sebagai kesimpulan, kaedah yang paling baik adalah memberikan susu ibu terus dari payudara. Tetapi jika bayi atau ibu menghadapi masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu dengan kaedah ini akibat masalah seperti mulut bayi sumbing atau puting ibu termasuk ke dalam yang teruk(inverted nipple) atau ibu terpaksa berjauhan dari bayi kerana urusan pekerjaan, kaedah alternatif terpaksalah dipertimbangkan, kerana khasiat susu ibu pastilah yang paling baik walaupun kaedah perlaksanaannya berbeza.


Requested and Answered by Mama on 11-May-2005 10:13 (763 reads)
Untuk memastikan samada seseorang bayi itu dalam keadaan berat yang mencukupi atau tidak, rujuklah kepada pakar kanak-kanak di tempat anda.

Walau bagaimanapun, jika bayi mempunyai saiz yang kecil tetapi kesihatan badannya memuaskan, ibu tidak perlu berasa bimbang. Kebanyakan ibu beranggapan bayi yang kelihatan gempal adalah yang paling sihat atau normal. Tetapi tanggapan ini adalah kurang tepat.

Jika bayi gempal dengan hanya mengambil susu ibu, kebarangkaliannya untuk menghadapi masalah kegemukan (obiesity) adalah amat sedikit. Tetapi jika bayi gempal akibat mengambil makanan tambahan, dia akan cenderung menghadapi masalah berat berlebihan apabila dewasa kelak.

Mengenai masalah selsema bayi, rujuklah dengan doktor yang berhampiran dengan kawasan anda untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Sebagai kesimpulan, perlu atau tidaknya bayi menambah berat badan bergantung kepada analisa doktor pakar kanak-kanak yang merawat bayi tersebut. Terangkan kepadanya jenis pemakanan yang diambil oleh bayi. Beliau mungkin akan mencadangkan pengambilan vitamin yang dapat membantu pertumbuhan normal anak tersebut.


(1) 2 3 4 ... 7 »
Module File for xoopsgallery Not Found!
 
 


Online Shopping
Shopping your breastfeeding needs at SusuIbu.com Your Online Shopping Centre!! Visit us today!

Siapa di Sini
9 user(s) are online (1 user(s) are browsing Soalan Lazim)

Members: 1
Guests: 8

aishiteru, more...

Members Baru
ibu_alyssa 2008/7/3
szzal_smi 2008/7/3
mami_bebe 2008/7/3
jentayu08 2008/7/3
terkzack 2008/7/3
Aainaa 2008/7/3
Nelly 2008/7/3
umipapa 2008/7/3
NurAisya 2008/7/3
farhanamum 2008/7/3