Pelancaran Buku: Hebatnya Susu Ibu!

Hebatnya Susu Ibu!Karya sulung Pn Rita Rahayu Omar, salah seorang perunding laktasi kami kini tiba di pasaran – bukunya berwarna-warni lengkap dengan gambar. Memuatkan tip menyusukan anak bagi ibu berkerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.

Antara kandungan dalam buku ini:-

  • Susu Ibu: Menyingkap misteri ‘cecair’ emas:
  • Susu ibu Vs susu formula
  • Susu ibu bukan punca obesiti
  • Tip elak bayi tersedak
  • Tip menyusukan bayi jika melahirkan secara caesarean
  • Ibu yang menyusukan bayi tak perlu berpantang makan

Jemput bersama Pn Rita Rahayu dalam pelancaran bukunya ini di acara “Big Latch On”, Iftar, and Opening of SusuIbu.Com Centres pada 4 Ogos ini di outlet Seri Kembangan.

More Info