SGM kali kedua di Terengganu

Original Image

AlhamdulillahSGM ke-2 telah diadakan di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 19 Februari yang lepas. Program ini disertai oleh 15 orang peserta termasuk golongan bapa. Dengan bertemakan warna MERAH, peserta berkobar-kobar menjayakan topik perbincangan iaitu Halangan Dalam Menjayakan Penyusuan Ibu.

Dibantu oleh 2 orang Peer Counselor, saya, Ain dan Huda, kami telah berjaya menangkis halangan-halangan yang telah diutarakan, dan berkobar-kobar untuk melaksanakan misi penyusuan ibu dengan azam yang kukuh.

Halangan-halangan telah dibincangkan dengan lebih teliti iaitu :
1. Halangan Luaran
2. Halangan Dalaman
3. Mitos

Segala halangan dicatat dan diperdebatkan. Setelah beberapa isu dilontarkan, kami memutuskan terdapat 4 perkara penting dalam menjayakan misi ini iaitu :
1. Determination / Keazaman
2. Support / Sokongan
3. Knowledge / Pengetahuan
4. Management / Pengurusan

Selain daripada itu, kami juga telah berbincang berkenaan dengan tips/petua bagi menjayakan penyusuan wanita bekerjaya. Kami berkongsi petua, dimana kebanyakan yang hadir adalah golongan wanita bekerjaya. Mereka telah berkongsi pengalaman pahit dan manis dalam mengharungi segala halangan dan cubaan dalam menjayakan penyusuan ibu.

Saya sangat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada yang tersayang.

Seterusnya, dengan izin Yang Maha Esa, saya merancang untuk mengadakan SGM kali ketiga yang berkemungkinan besar akan diadakan di Kuantan pada bulan akan datang. Insya Allah..

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Oleh : Sharifah Nurul Ain Engku Mokhtar (MBfPC)