SGM2 : Kumpulan Sokongan Ibu Menyusu Pulau Pinang

Original Image Alhamdulillah, sekali lagi MBFPC-Northen Region telah menganjurkan Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu pada 11 Februari 2012 (Sabtu) bermula jam 3.00 petang bertempat di Apartment Casa Prima, Seberang Jaya. Tajuk perbincangan kali ini adalah “Getting Breastfeeing Ooff to a Good Start”. Memandangkan kebanyakan ibu-ibu yang hadir adalah daripada kalangan mereka yang menyusukan anak, maka perbincangan lebih tertumpu kepada bagaimana mahu membhagikan peranan sebagai ibu, isteri, pekerja mahupun pelajar. Rata-rata setiap ibu ada perkongsian masing-masing, ada ibu yang sanggup memilih untuk berhenti kerja dan membesarkan sendiri anak-anak mereka. Ada juga yang berkongsi bagaimana mahu memainkan peranan mereka sebagai isteri dan juga ibu. Alhamdulillah, kebanyakan perkongsian pada hari itu positif dimana suami masing-masing membantu mempermudahkan perjalanan penyusuan isteri-isteri mereka. Tidak dilupakan perkongsian daripada seorang ibu yang sedang mengandung dan pada masa yang sama pernah mengandung semasa belajar. Cerita beliau sangat memberikan semangat dimana anak beliau hanya mahukan susu badan sahaja, maknanya dia akan terkejar-kejar untuk menyusukan anak dan pada masa yang sama menghadiri kelas di universiti. - hebatkan menjadi seorang ibu...dalam masa yang sama mampu buat pelbagai perkara. Selain itu, ada juga perkongsian bagaimana menggunakan 'Baby wearing' - tanpa perlu mengeluarkan belanja mahal, hanya menggunakan kain batik lepas, cotton dan kain-kain yang bersesuaian juga boleh digunakan untuk menggendong anak. “Baby wearing” ini adalah salah satu penyelesaian kepada masalah anak yang hanya mahu bersama ibu sahaja (tidak dapat melakukan apa-apa kerja lain), jadi menggendong bayi adalah cara yang boleh dipelajari oleh ibu yang mempunyai masalah seperti ini. Original Image
Puan Norashida Abd Rahman sedang menunjukkan cara-cara mengikat kain batik
Untuk “baby wearing” ini, pilihannya terlalu banyak. Menurut Puan Norashida, seorang ibu perlu mencuba sendiri bagi memastikan ia bersesuaian ataupun tidak kerana selera setiap ibu adalah berbeza. Original Image
Puan Niza menyusukan anak buat pertama kali sambil menggendong. Dirasakan anaknya mudah tidur dan selesa.
Original Image
Menggendong menggunakan “wrap”
Original Image
Menggendong menggunakan “Mei Tai”
Perjumpaan ini berakhir pada jam 6.00 petang. Banyak ilmu dan perkongsian yang diperolehi daripada perjumpaan kali ini seperti perkongsian tentang tidur bersama anak, cara menggendong bayi, lampin kain moden, di mana semua ini merangkumi “Natural Parenting”. Sehingga bertemu lagi pada 24 Mac 2012 (Sabtu) dengan topik “Breastfeeding Myths and Facts”. Disediakan oleh : Noorharizah Azfar binti Ali Bahrun, MBFPC (Northern)