SusuIbu.My 2010-12-20 03:41:16

Original Image

AlhamdulillahBermula 27 November 2010 sehingga 18 Disember 2010, Nurturing Concepts Sdn Bhd (NCSB) telah menjalankan bengkel Peer Counselor khas untuk semua warga kerja dalam syarikat ini. Bengkel yang diadakan di ibu pejabat NCSB, di Seri Kembangan, Selangor ini dihadiri oleh 10 orang peserta.

Bengkel ini diadakan pada setiap Sabtu selama empat minggu berturut-turut. Bengkel telah bermula seawal jam 9.00 pagi hingga ke 3.30 petang. Kesemua peserta cukup teruja dan sangat bersemangat menghadiri bengkel ini. Mereka sanggup mengorbankan cuti hujung minggu mereka demi menghadiri bengkel ini kerana selama ini dirasakan ilmu yang ada belum cukup untuk membantu ibu-ibu yang datang ke cawangan masing-masing.

Perkhemahan selama 4 hari ini telah memberi kesedaran kepada peserta bahawa penyusuan ibu sebenarnya boleh dipermudahkan jika ibu-ibu mendapat bantuan dan sokongan yang tepat pada waktunya apabila diperlukan. Itulah matlamat pihak pengurusan di NCSB iaitu untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan warga kerjanya agar sentiasa bersedia menyokong penyusuan ibu. Khidmat NCSB bukan sahaja untuk menjual barangan di kedai malah harus berupaya menyediakan khidmat sokongan serta cadangan jika perlu kepada para pelanggan.

Di akhir bengkel ini, kesemua warga kerja memberikan respon yang baik dengan matlamat tersendiri bagi membantu ahli keluarga, saudara terdekat dan juga kenalan serta pelanggan yang ingin mendapatkan sokongan dalam penyusuan ibu ini.

Pihak NCSB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kerjanya yang bersemangat dan komited dalam menghadiri bengkel ini. Semoga ilmu yang dicurahkan ini dapat direalisasikan dalam perkhidmatan setiap warga kerja NCSB dan setiap cawangan MomsLittleones dan SusuIbu.com pada masa akan datang. Tahniah kepada semua peserta!

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image