Mummy & Me Exhibition @ MidValley: Hari Pertama

Hari pertama Mummy & Me Exhibition @ Midvalley bermula dengan upacara perasmian oleh Dato Zahid Hamidi pada pukul 10 pagi. Sejurus selepas itu para tetamu terhormat dengan diiringi para penganjur dan wartawan media membuat lintasan rasmi melewati gerai-gerai di sini. Antara gerai persinggahan mereka ialah gerai SusuIbu.Com. Para tetamu sempat melayari laman web SusuIbu.Com (walaupun sekadar laman utama). 🙂 Respons yang positif diberikan terhadap usaha-usaha kumpulan sokongan seperti SusuIbu.Com dan ahli-ahlinya. Syabas! 🙂

Gambar-gambar hari pertama ada di dalam bahagian “Galeri Gambar“.

Keseronokan pagi itu dicemari oleh peristiwa tengahari itu: dua lelaki menghampiri gerai SusuIbu.com lantas berpura-pura berminat terhadap beberapa produk di gerai SusuIbu.com yang terletak di sebelah luar gerai. Ketika para kakitangan SusuIbu.Com sibuk melayani “pertanyaan” mereka, dengan tidak kami sedari, laptop syarikat penaja kami (Sands Consulting Sdn Bhd) yang sedang digunakan oleh mama untuk menyiapkan presentation slide utk petang itu, telah dicuri.

Kejadian tengahari itu tidak melunturkan semangat mama untuk terus berucap dalam slot SusuIbu.Com pada pukul 3 petang itu. Di dalam ucapan beliau, beberapa tips-tips penting penyusuan disampaikan, antaranya kepentingan kekuatan niat dan tujuan individu yang menyusu itu, yang menjadi titik-tolak kepada pencarian ilmu-ilmu terkini mengenai penyusuan seperti teknik-teknik menyusu dan pemerahan.

Bersambung di hari kedua…