Program Penggalakan Penyusuan Siri ke 5 Berjalan Lancar

Original Image Alhamdulillah, program kali ini yang diadakan dilokasi instruktur Sister Choong, Wellink Service di Tiara Bandar Sunway, telah berjalan lancar. Seramai 15 ibu bersama bayi masing-masing telah menyertai program kali ini. Memang sungguh meriah dengan keletah bayi masing-masing sambil ibu-ibu serta beberapa ayah sedang cuba menumpu sepenuh perhatian untuk memahami konsep urutan bayi. Terima kasih daun keladi kepada Sister Choong dan Puan Nora yang telah sudi menyediakan lokasi program yang selesa dan telah menunjuk cara aktiviti pada kali ini.

Pada program kali ini, antara ahli SusuIbu.com yang telah hadir adalah, lynns,umi_amirul, fikir, umiatiqah, mamaluv, marisa, mamaLynn, 3_dara_SA, anishani, airiss, mummyhafiz, norshuhaida, khadijah, harnee dan mama. Kebanyakan peserta hadir bersama pasangan masing-masing beserta bayi. Tahniah dan terima kasih kepada peserta program kali ini.

Memang sungguh meriah, terutama apabila sessi praktikal diadakan. Bayi-bayi berpeluang untuk diurut oleh ibu masing-masing sambil diperhatikan dan diperbetulkan oleh instruktur.

Kepada ahli yang tidak berpeluang untuk menghadiri program pada kali ini, bolehlah berhubung terus dengan Sister Choong dari Wellink Service untuk mempelajari teknik urutan bayi ini secara persendirian. Kepada ahli-ahli yang telah hadir juga digalakkan untuk mendalami ilmu ini dengan lebih sempurna di masa hadapan!

Bagi pihak pengjanjur, saya menyusun sepuluh jari andai sepanjang program berlangsung berlaku sebarang kesilapan atau kekurangan. Semoga di masa hadapan, sambutan sebegini dapat diteruskan lagi.

Beberapa gambar yang sempat dirakamkan terdapat di Ruangan Galeri. InsyaAllah pihak penganjur akan cuba memuat naik klip video yang sempat dirakamkan semasa sessi praktikal sedikit masa lagi. Nantikannya!!