Salam AidilFitri Al Mubarak

Original Image Lagi dua hari Aidil Fitri bakal menjelma. SusuIbu.com juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua warga SusuIbu.com khususnya dan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang melayari laman ini. Semoga Aidil Fitri tahun ini disambut dengan ceria di samping keluarga yang tersayang.

Sedikit renungan menjelang Aidil Fitri ini…

Marilah kita sama-sama menilai semula kejayaan yang telah kita tempah sepanjang Ramadhan yang telah sudah. Adakah kita berjaya melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu, isteri, suami serta anak? Dalam masa yang sama, sudahkah kita tunaikan tanggungjawab sebagai pekerja di tempat kerja masing-masing dengan sempurna? Apakah tanggungjawab terhadap masyarakat juga telah terlunas? Jika semuanya terjawab dengan mudah, alhamdulillah. Moga-moga Aidil Fitri kali ini membawa lebih makna kepada kita semua. Sekiranya ada yang tidak terjawab, berdoalah agar kita diberi kesempatan untuk melalui sekali lagi Ramadhan yang penuh keberkatan di tahun hadapan.

Aidil Fitri merupakan titik sambutan terhadap kejayaan umat Islam dalam menempuh dugaan sepanjang Ramadhan. Bagi ibu-ibu menyusu sudah tentu banyak halangan serta dugaan yang telah ditempuhi. Redhalah dengan pengorbanan yang telah kita lakukan. InsyaAllah akan dikurniakan rahmat yang berlipat kali ganda buat hamba yang bersyukur dan bertawakal.

Sekali lagi, sambutlah Salam Aidil Fitri dari pihak penyelenggara SusuIbu.com buat semua. Mohon kemaafan jika ada salah, silap serta ralat di sepanjang kewujudan dan penyelenggaraan Laman SusuIbu.com ini.