Pelawat SusuIbu.com dari Seantero Dunia

Original Image Mulai 20 October, 2005 yang lepas, SusuIbu.com menggunakan perkhidmatan
ClustrMaps untuk menjejaki pelayar-pelayar yang menziarahi SusuIbu.com. Ternyata, SusuIbu.com telah dilawati bukan sahaja pengunjung dari Malaysia malah terdapat juga pengunjung dari beberapa tempat di merata pelusuk dunia seperti Eropah, Jepun, Australia dan USA.

Untuk mengetahui secara ringkas maklumat ini, link peta ke ClustrMaps diletakkan di bahagian bawah Laman Utama SusuIbu.com. Dijangka, pengunjung-pengunjung yang melawat dari negara luar adalah rakyat Malaysia sendiri yang bermastautin di sana.

Walau apapun, SusuIbu.com berasa berbangga dengan kunjungan ini dan menggalakkan lebih ramai lagi pengunjung agar dapat berkongsi bersama manfaat darinya.

Selamat meneruskan pelayaran!!