Sokongan Padu Terhadap SusuIbu.com

Original ImageSusuIbu.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua netters yang seringkali mengunjungi laman web kami ini dan bergiat aktif di ruangan Forum. Ianya telah menjadikan laman web ini lebih bertenaga dan lebih informatif. SusuIbu.com dengan ini ingin mengumumkan 2 pengunjung setia laman web ini dan sentiasa bergiat aktif.
Ikuti laporan seterusnya…

Puan Marisa yang setakat ini telah mengumpul 34 mata, kini bertaraf Rakan Karib. Sebagai tanda penghargaan kami, Puan Marisa boleh membeli belah sebarang produk di SusuIbu.com Online Shop dengan kadar diskaun sebanyak 5% untuk mana-mana produk dan sehingga 20% ke atas mana-mana produk yang telah mempunyai diskaun.

Seterusnya, SusuIbu.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan Dr. Ezzura yang juga sangat aktif membantu meleraikan kemusykilan di ruangan Forum kita. Beliau setakat ini telah mengumpul 110 mata dan kini bertaraf Rakan Arif. Sebagai tanda terima kasih kami, Dr. Ezzura layak menerima 15% diskaun ke atas mana-mana produk di SusuIbu.com Online Shop dan sehingga 20% ke atas produk yang telah mempunyai diskaun.

Kami akan terus menghargai pelawat-pelawat kami dan cuba memberikan pulangan yang menggalakkan. Di harap, netters yang lain akan turut bergiat aktif, dan jangan lupa login dahulu sebelum menghantar sesuatu pos!