Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2005 di PPUM

Original Image Pada 13 Ogos, 2005, SusuIbu.com berasa amat bertuah kerana dapat turut serta di dalam Majlis Perasmian Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2005 di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM). Upacara perasmian telah dilakukan oleh Y.B Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Semasa majlis berlangsung, beberapa anugarah kepada Ibu Contoh turut disampaikan. Antaranya, ibu yang berjaya menyusu secara eksklusif selama 6 bulan, dan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkatnya. Majlis telah diteruskan dengan sessi Forum oleh 3 orang ahli panel dari pelbagai bidang. Ikuti laporan penuh seterusnya…

Panel Forum pertama adalah Prof. Madya. Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria, Pakar Klinikal Onkologi Paediatrik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau membentangkan tajuk, “Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Dalam Kehidupan Bayi”. Seterusnya, Puan Rokiah Don, Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah menyampaikan ceramah bertajuk, Penyusuan Susu Ibu dan Pemakanan Keluarga. Panel terakhir iaitu, Dr Zamri Radzi, Pensyarah Fakulti Pergigian & Ortodontik, Universiti Malaya telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pacifier, Yes, No, Alright”.

Sessi diteruskan dengan Sessi Soal Jawab bersama ahli panel dan telah dipengerusikan oleh Prof. Lucy Lam dan Prof Dr. Jamiyah Hassan.

Program seumpama ini memang banyak memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu dan bapa untuk membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran yang mendatang dalam proses penyusuan.

Bagi pihak SusuIbu.com, kami berasa bangga kerana dapat mendekati warga PPUM dan memperkenalkan Portal SusuIbu.com kepada lebih ramai pengunjung! Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur.

Ikuti beberapa potongan gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program pada hari Sabtu yang lepas, di Ruangan Galeri.

InsyaAllah SusuIbu.com akan berada di PPUM dari 15 ke 19 Ogos, 2005 untuk meneruskan pameran dan jualan promosi sempena Bulan Penyusuan Susu IBu di PPUM. Jumpa anda di sana!