Hebatnya Susu Ibu!

 

Hebatnya Susu Ibu!Hebatnya Susu Ibu!
by Rita Rahayu Omar, IBCLC <rita@susuibu.com>
Price: RM23, RM26 (Sabah & Sarawak)
Pages: 208
ISBN: 978-983-124-639-91Buy Now

Sinopsis

Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu berkerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.

Antara kandungan dalam buku:
Susu Ibu: Menyingkap misteri ‘cecair’ emas:
Susu ibu Vs susu formula
Susu ibu bukan punca obesiti
Tip elak bayi tersedak
Tip menyusukan bayi jika melahirkan secara caesarean
Ibu yang menyusukan bayi tak perlu berpantang makan

Biodata Penulis

Rita Rahayu OmarPenulis merupakan seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata (kesemuanya telah disusukan dengan susu ibu). Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Nurturing Concepts Sdn Bhd. dan salah seorang Perunding Laktasi di SusuIbu.Com. Beliau berpengalaman luas dan bercita-cita mahu memartabatkan penyusuan bayi di Malaysia serta sentiasa membantu ibu-ibu supaya berjaya dalam penyusuan sejak tahun 2001. Penulis juga merupakan salah seorang panel perunding dan kolumnis untuk majalah ”Pa&Ma” semenjak tahun 2006 dan bertanggungjawab untuk menjawab soalan- soalan berkenaan penyusuan bayi di Ruangan Laktasi setiap bulan. Beliau juga merupakan panel perunding dan kolumnis untuk Majalah “BabyTalk” sejak tahun 2011. Penulis adalah seorang Perunding Laktasi bertauliah (International Board Certified Lactation Consultant-IBCLC), ahli kepada Persatuan Pakar Laktasi Sedunia – ILCA (berpusat di Amerika Syarikat), Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM) dan Persatuan Penyusuan Australia (ABA).

Untuk belian secara borong (wholesale order), sila hubungi kami.

Buy Now