Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah membeli sebuah buku berjudul ‘The Womanly Art of Breastfeeding’ . Buku ini adalah hasil nukilan La Leche League International. Buku tersebut diterbitkan buat kali pertama pada 1958 dan telah tujuh kali diterbitkan semula. Naskah yang saya perolehi itu adalah edisi ketujuh dan diterbitkan pada Mei, 2004.
Saya dapati buku ini sangat bermanfaat kepada ibu-ibu yang ingin menyusu dan memberikan jawapan kepada seribu satu persoalan mengenai penyusuan susu ibu. InsyaAllah, dari masa ke semasa saya akan membuat ringkasan dan rumusan dari pembacaan buku ini untuk dikongsi bersama para pelayar SusuIbu.com. Buku setebal 463 muka ini juga akan saya jadikan rujukan kepada persoalan yang diajukan dalam ruangan Forum atau melalui emel.