Nor Kamariah

Sorotan Jejak Rasul

Sorotan Jejak Rasul

by / on October 1, 2006, 10:16 pm / in Essays, Islam, Nor Kamariah

Pada awal ramadhan kali ini, saya benar-benar tersentuh dengan beberapa episod Jejak Rasul. Bagi penggemar siri ini, sudah pasti telah mengikuti kisah kelahiran Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi hidangan dalam episod yang saya maksudkan itu. Haji Zainal, penerbit Jejak Rasul telah mengisahkan bagaimana Muhammad s.a.w. dilahirkan sebagai seorang anak yatim pada Tahun Gajah. Baginda telah dilahirkan oleh ibunya […]

Read more ›
Mama, Adik Belum Bersedia..

Mama, Adik Belum Bersedia..

by / on March 8, 2005, 7:46 pm / in Essays, Luahan Rasa Si Comel, Nor Kamariah

Mama selalu bisik di telinga. Katanya, “Umur adik dah dekat dua tahun, adik kenalah berhenti minum susu mama”. Adik jadi bingung. Kenapa kalau dah dua tahun kena berhenti minum susu. Habis adik nak minum apa? Bulan depan adik akan sambut hari jadi kedua. Seronoknya! Selalunya bila mama buat majlis hari jadi, ada ramai orang datang. Yang paling seronok, ada kek […]

Read more ›
Mama..Di Mana Mama

Mama..Di Mana Mama

by / on January 28, 2005, 6:53 pm / in Essays, Luahan Rasa Si Comel, Nor Kamariah

Hari ini, usia saya baru 6 minggu. Tiba-tiba saya rasa ada kelainan. Mulut saya disumbat dengan satu bende asing. Eh! Ini bukan puting mama.. Eeee..tak naklah! Puihhh!! Tak sedapnya rasa dia. Tapi.. kejap.. rasa macam ada susu mama..tapi mama di mana? Terdengar suara nenek memujuk, “Minumlah baby, nanti baby lapar”. Apa kena mengena benda asing tu dengan minum susu. Kenapa […]

Read more ›
Bila Doktor Menjadi Ibu...

Bila Doktor Menjadi Ibu…

by / on January 27, 2005, 5:44 pm / in Essays, Issues, Nor Kamariah

Semasa Raya Haji yang lepas, saya berkunjung ke rumah abang saya yang baru pulang dari luar negara. Semasa bersembang dengan kakak ipar saya, biasalah beliau bercerita pelbagai isu semasa. Seperti biasa, antara topik yang wajib dibincangkan adalah topik penyusuan. Kebetulan, kakak ipar saya ini bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital universiti di Malaysia. Beliau sering menceritakan kekesalan beliau tentang kurangnya […]

Read more ›
Cerita Ibu di Zaman Rome

Cerita Ibu di Zaman Rome

by / on December 10, 2004, 5:14 pm / in Essays, Nor Kamariah

Semalam saya sempat menonton sebuah kisah ala-ala zaman Rome, sambil menyusu anak yang kecil. Saya tengok tu pun sudah di penghujung cerita. Jadi tak tahu apa awalan ceritanya. Tapi babak-babak akhir kisah tersebut menceritakan bagaimana seorang ketua di negara Rome telah menangkap seorang perempuan bertaraf hamba untuk dijadikan gundik di istananya. Perempuan ini mempunyai seorang bayi yang masih kecil dan […]

Read more ›
Bila Anak Menyusu, Si Ayah Janganlah Merajuk!

Bila Anak Menyusu, Si Ayah Janganlah Merajuk!

by / on November 25, 2004, 4:58 pm / in Essays, Issues, Nor Kamariah

Ramai juga kaum ayah yang merungut, apabila si anak asyik menyusu dengan ibunya, si ayah rasa tersisih seolah tidak diperlukan. Janganlah merajuk wahai si ayah! Ikatan kasih sayang terhadap seorang anak tidak lengkap jika hanya dicurahkan oleh si ibu. Kasih sayang ayah memang amat diperlukan dan ini dapat meringankan beban buat si ibu terutama dalam menjalani bulan-bulan awal kelahiran. Memang […]

Read more ›
Maaf Nak, Ibu Tidak Cukup Bersedia!

Maaf Nak, Ibu Tidak Cukup Bersedia!

by / on September 19, 2004, 10:22 am / in Essays, Issues, Nor Kamariah

Mama berkesempatan membelek majalah-majalah tempatan mencari rujukan mengenai penyusuan Susu Ibu. Bulan Ogos lalu, kebanyakan majalah keibu bapaan tempatan telah menampilkan artikel-artikel mengenai Penyusuan Susu Ibu bersempena dengan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang sedang berlangsung. Dari pembacaan Mama, bermacam-macam pengalaman dialami oleh ibu-ibu pelbagai kaum semasa proses membesarkan anak-anak terutama di dalam usaha menyusukan cahaya mata kesayangan mereka. […]

Read more ›
Mama, Susu Mama Sedaplah

Mama, Susu Mama Sedaplah

by / on July 16, 2004, 10:26 pm / in Essays, Luahan Rasa Si Comel, Nor Kamariah

Susahnya nak saya terangkan kepada orang dewasa betapa lazatnya susu mama. Rasanya manis tapi tak manis sangat. Kadang-kadang rasanya cair..emm sungguh menghilangkan dahaga.. kadang-kadang rasanya pekat.. sungguh mengenyangkan. Tapi saya nie cerewet orangnya.. saya suka minum sedikit demi sedikit tapi selalulah saya minta dengan mama nak minum susu. Tapi mama tak kisah..saya pun lagi suka sebab rasa sungguh selamat bila […]

Read more ›