Sebuah lagi aktiviti bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu akan diadakan pada 1 Ogos, 2004 (Ahad), 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Jemerlang, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Forum ini dinjurkan bersama oleh Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia, Majlis Pediatrik Malaysia, Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia dan Pusat Perubatan Unversiti Malaya. Berdasarkan tema ‘Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Dtandard Emas “Selamat Sihat Sempurna”‘ pelbagai aktiviti turut diadakan seperti Pameran Penyusuan Susu Ibu dan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu. Kemasukan adalah percuma. Ibu bapa serta anggota keluarga yang ingin menjayakan Penyusuan Susu Ibu secara eksklusif, dijemput hadir.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Puan Yon Said: 016-3202171
Puan Norhayati Mohamad: 03-26155668
Pn Habibah Jalil: 03-26155669