GBG & SGSIS Sharing Session

Pada 23hb Februari, satu ‘sharing session’ telah dianjurkan oleh Gentle Birthing Group (GBG) dengan usahasama Support Group Susu Ibu Sabah (SGSIS) di Kampung Ketiau, Putatan, Sabah.

handout dari Gentle Birthing Group (GBG)

 

handout dari Support Group Susu Ibu Sabah (SGSIS)

Tujuan utama program ini diadakan untuk memperkenalkan gentle birthing kepada masyarakat Sabah. Di samping itu juga ianya bertujuan untuk memperkenalkan kewujudan support group susu ibu sabah kepada masyarakat tempatan.

Antara ibu2 yang hadir memeriahkan majlis

Seramail 30 orang peserta menyertai program ini. Program dimulakan dengan suai kenal antara ibu-ibu dan juga sesi memperkenalkan host-host program.

Sesi dimulakan dengan menerangkan objektif program oleh Pn Ira (wakil GBG)

Kemudian kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan memulakan program dengan slot pengisian dari Gentle Birthing Group manakala kumpulan kedua akan memulakannya dengan pengisian dari Support Group Susu Ibu Sabah.

Wakil dr SGSIS menerangkan tentang kaitan kelahiran dan penyusuan.

Antara slot pengisian kelahiran dan penyusuan (childbirth and breastfeeding) ialah kesan proses bersalin dan rutin hospital dengan kadar kejayaan penyusuan awal susu ibu, kepentingan support system dalam menjayakan penyusuan awal susu ibu dan cara dan tips2 dalam memulakan dan menjayakan penyusuan susu ibu sebaik sahaja selepas kelahiran (breast crawl).

Majlis diselangi dengan jamuan ringan sebelum sesi kedua dimulakan. Ibu-ibu mengambil kesempatan ini untuk saling mengenali diantara satu sama lain

Sesi kedua dimana kumpulan pertama akan mengisi slot dengan penyusuan susu ibu dan kumpulan kedua dengan pengisian tentang kelahiran alami.

Sesi diteruskan dengan tayangan video kelahiran alami dan penyusuan susu ibu. Amat menakjubkan melihat proses kelahiran yang berlaku dalam keadaan tenang dan cukup positif itu. Selain itu, ditunjukkan juga melakukan ‘breast crawl’ sebaik sahaja bayi dilahirkan dan juga tips2 penyusuan susu ibu.

video: breast crawl
teruja melihat proses kelahiran yang sungguh tenang

Program ini berakhir dengan jayanya pada jam 6.30 petang. Selain dari Support Group Susu Ibu Sabah and Gentle Birthing Group, Juara Kids Kindergarden juga membantu menjayakan majlis ini. Anak-anak yang dibawa oleh ibu bapa, dijaga oleh pekerja2 dari taska ini dengan sebaiknya sepanjang program berlangsung.

Kami berharap akan ada lebih banyak pengisian-pengisian yang bermanfaat terutamanya berkaitan dengan penyusuan susu ibu khas untuk masyarakat tempatan di sabah pada masa akan datang.

Support Group Susu Ibu Sabah (SGSIS)