Pada 2 dan 3 Oktober, 2004, SusuIbu.com berpeluang menghantar ahlinya mengikuti Kursus Kumpulan Sokongan dari Ibu ke Ibu untuk Penyusuan Susu Ibu yang dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan Keluarga dan Permakanan, Institut Kesihatan Umum di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Wakil dari SusuIbu.com Puan Dirayah Dollah, ibu kepada seorang cahaya mata, mendapati kursus tersebut amat bermanfaat dan telah berkongsi maklumat yang diperolehi dengan rakan-rakan sekerjanya. Menurut Puan Dirayah lagi, kursus tersebut telah memberi kekuatan dan dorongan kepadanya untuk meneruskan penyusuan Susu Ibu kepada anaknya. Pelbagai soalan berkenaan Penyusuan Susu Ibu yang sering bermain di fikirannya juga telah terjawab semasa kursus tersebut. SusuIbu.com amat berterima kasih kepada pihak penganjur dan diharap akan mendapat lebih banyak undangan seperti ini di masa akan datang.