Laporan Promosi di PKNS

Original ImageGerai SusuIbu.com sudah hampur seminggu di tutup di PKNS. Namun keletihannya masih terasa. Pelbagai pengalaman baru telah ditimba sepanjang gerai dibuka di sana. Maklumlah, ini kali pertama SusuIbu.com berhadapan secara “Life” dengan pengunjung. Selalunya segala maklumat dan komunikasi berjalan di alam maya, tetapi kali ini secara lahiriah, tentulah amat berbeza! Namun, kami di SusuIbu.com berasa amat bersyukur kerana dapat memperkenalkan dengan lebih dekat Portal SusuIbu.com kepada lebih ramai pengguna terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi dan sekitarnya. InsyaAllah di masa akan datang apabila berkesempatan, SusuIbu.com akan cuba mendekati pengguna di lebih banyak kawasan lagi. Jemput layari sedikit gambar yang sempat dirakamkan sepanjang promosi tersebut.