Pada hari ini, 29 Mei dan 30 Mei, 2005, Jabatan O&G, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian memulakan hari pertama Seminar Perintal di Dewan Utama universiti. Seramai lebih 80 orang peserta telah hadir dan mengikuti kursus dengan penuh tekun. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan seminar tersebut. Semoga dengan maklumat yang diperolehi dari ceramah yang dijalankan, peserta kursus akan dapat melalui proses kehamilan, kelahiran dan hari-hari awal kehidupan bayi dengan lebih sempurna! Layari Bahagian Gallery untuk melihat beberapa gambar kenangan sepanjang program tersebut.