Pada 7 Ogos, 2004 (Sabtu) bertempat di Ruang Legar (East Wing), Bangsar Shopping Centre, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menganjurkan Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2004 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik disediakan dari jam 1.00 petang hingga 6.30 petang, antaranya: Pameran Penyusuan Susu Ibu, Pemeriksaan Saringan Kesihatan Percuma, Kaunseling Pemakanan, Kaunseling Laktasi, Aktiviti Mewarna, Persembahan Pentas, Penyampaian Hadiah dan Penyampaian Anugerah. Datanglah beramai-ramai bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pentingnya penyusuan susu ibu secara eksklusif.