Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun 2005, ini bertema: “Breastfeeding and Family Foods: Loving and Healthy – Feeding other foods while breastfeeding is continued”. Seperti tahun-tahun yang lalu, seluruh dunia akan meraikan Minggu Penyusuan Susu Ibu pada 1 – 7 Ogos setiap tahun. Pelbagai aktiviti kempen penyusuan sedang dirancang sebagai program sepanjang minggu tersebut.
Tema kempen kali ini membawakan matlamat berikut:
– Menarik perhatian orang ramai tentang kepentingan meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih
– Menambah kesedaran tentang risiko dan kesan terhadap pengenalan makanan dan minuman tambahan yang terlalu awal terhadap bayi berumur kurang dari 6 bulan – seterusnya menggalakkan penyusuan eksklusif untuk tempoh 6 bulan pertama
-Maklumat terkini tentang jenis pemakanan dan minuman yang diperlukan bayi menyusu berumur 6 bulan ke
– Perkongsian idea untuk menjadikan pemakanan tambahan mudah, sihat dan masa untuk belajar dan berkasih sayang
Dapatkan maklumat lanjut tentang kempen tahun ini dari WABA!