Pakar Laktasi Malaysia tersenarai di www.lowmilksupply.org

Alhamdulillah, Pakar Laktasi terkenal dan juga penulis buku Making More Milk telah menyenaraikan Pakar Laktasi dari Malaysia iaitu Puan Nor Kamariah Mohd Alwi, IBCLC dan Puan Rita Rahayu Omar, IBCLC di laman webnya www.bfar.org dan http://www.lowmilksupply.org/lc.shtml. Sekali lagi, Susuibu.com telah mencipta sejarah dengan meletakkan Malaysia terkenal di dunia dalam bidang penyusuan susu ibu. Kami sangat berbesar hati di atas penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada kedua-dua Pakar Laktasi di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Kamariah dan Puan Rita Rahayu!!!


Diana West


Buku yang ditulis oleh Diana West

Diana West merupakan seorang penulis dan penceramah yang pakar dalam isu Low Milk Supply. Puan Rita dan Puan Kamariah telah bertemu dengan Diana West di International Lactation Conference di Vienna pada tahun 2008. Sejak itu, dia sering berhubung dengan Puan Rita Rahayu dan bertukar maklumat serta pendapat mengenai beberapa cara dalam mengatasi masalah kekurangan penghasilan susu ibu.


Diana West dan Puan Rita Rahayu

Walau bagaimanapun, ramai ibu-ibu yang mengadu dan mengalami masalah kekurangan susu ibu. Sebanyak 95% daripada mereka mengalami masalah ini.

– Kebiasaannya (50% adalah ibu menyusu)
– Kes-kes biasa
– Hanya 5% wanita tidak dapat menghasilkan susu untuk bayi mereka

Perkara-perkara yang menyebabkan seseorang ibu gagal menghasilkan susunya adalah:

– Kekurangan ilmu tentang penyusuan
– Soft Breasts
– Growth spurts that instigate need for frequent nursing
– Tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak
– Kurang pengalaman tentang MER atau let-down
– Frequently fussy infant (tetapi pertambahan berat badan adalah normal)

Perkara biasa yang menyebabkan Kurangnya Penghasilan Susu (5% daripada wanita):

– Maternal hypothyroidism
– Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
– Previous breast surgery
– Breast hypoplasia
– Sheehan’s Syndrome
– Retained placenta

Seseorang wanita berjaya menyusukan anaknya sekiranya dia mempunyai pengurusan latihan penyusuan yang baik. Dapatkan bantuan segera jika terdapat masalah dari Pakar Laktasi yang berdekatan dengan anda. Untuk senarai Pakar-Pakar Laktasi bertauliah (International Board Certified Lactation Consultant) sila layari www.ilca.org

Rujukan: Management of Common Breastfeeding Situations, American Academy of Pediatrics