Pelancaran dan Seminar Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2004

SusuIbu.com berbangga kerana dapat menghantar wakil menyertai Program Dialog dan Seminar bersempana Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2004 dari 29, Julai 2004 hingga 1 Ogos, 2004. Program ini adalah anjuran PPPIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, UNICEF, WABA, WHO dan pelbagai lagi agensi berkanun dan swasta. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan berdasarkan bilangan peserta yang hadir. Seramai lebih kurang 200 peserta dari pelbagai sektor di Malaysia dan juga wakil dari negara luar seperti Myanmar, Thailand dan Filipina telah sama-sama mencernakan isu-isu yang dibentangkan di dalam seminar tersebut. SusuIbu.com berharap dapat berkongsi bersama pembaca sekalian maklumat yang diperolehi di dalam program tersebut. Nantikan liputan seterusnya di dalam ruangan artikel. Gambar-gambar semasa majlis dilangsungkan boleh didapati di Bahagian Gallery.