Pengumuman: Gabungan SusuIbu.com (SI) dan MomsLittleOnes (MLO)

Dengan sukacitanya dimaklumkan, bermula 1 April 2009, SI dan MLO akan disatukan di bawah naungan syarikat yang baru ditubuhkan iaitu Nurturing Concepts Sdn. Bhd. (NCsb) dan akan berpusat operasi di Seri Kembangan. NCsb akan meneruskan aspirasi kedua-dua pengasas SI dan MLO dalam mempromosi dan memperjuangkan penyusuan susu ibu khususnya di Malaysia. NCsb juga akan memberi fokus terhadap pengeluaran serta pengedaran produk penyusuan dan keibu-bapaan yang berkualiti tinggi.

Sehubungan dengan pergabungan ini, berikut adalah perubahan yang bakal diperkenalkan melalui servis kami:

1. SusuIbu.com – akan dikenali sebagai ‘Breastfeeding Support Centre’ atau ‘Pusat Sokongan Penyusuan Susu Ibu’ yang memberi fokus dalam menyediakan servis perundingan penyusuan susu ibu, pendidikan dan latihan kepada individu, kumpulan sasaran atau masyarakat umumnya. Laman web SusuIbu.com akan meneruskan operasinya seperti sedia ada . Proses penaik-tarafan dilakukan secara berperingkat.

2.Moms Little Ones akan dikenali sebagai ‘Breastfeeding & Natural Parenting Store’ atau ‘Gedung Produk Penyusuan dan Keibubapaan Alami’ dan akan mengkhusus dalam menghasilkan dan mengedarkan barangan berkualiti berkaitan penyusuan susu ibu dan keibubapaan.

3.Kedai Online SusuIbu akan digantikan sepenuhnya oleh MomsLittleOnes.com. Kedai Online SusuIbu.com hanya akan menjual dan mempromosi produk berasaskan pendidikan dan latihan sahaja.

4.Kedua-dua kedai fizikal yang terletak di Bandar Baru Bangi dan Seri Kembangan akan terus beroperasi seperti biasa menggunakan nama MomsLittleOnes yang juga menyediakan servis perkhidmatan dari SusuIbu.com

5.Proses penjenamaan semula ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan memperkenalkan logo MLO dan SI yang baru, laman web dan kedai yang akan dinaiktaraf serta diberi nafas baru.

Kami yakin, usaha penggabungan ini akan memperkukuhkan kedudukan kami dalam pasaran produk dan servis penyusuan susu ibu dan keibubapaan. Apa yang lebih penting adalah, kami mahu memberikan yang terbaik buat pelanggan kami. Kami hargai sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses peralihan yang akan dilaksanakan.

Terima kasih.

Pengarah Urusan
Nurturing Concepts Sdn Bhd