Buat kali kedua, SusuIbu.com dan MomsLittleOnes akan menganjurkan sebuah lagi Program Sokongan dan Galakan Penyusuan Susu Ibu. Topik kali ini bertajuk “Stress Management for Breastfeeding and Working Mothers” atau “Pengurusan Tekanan Untuk Ibu Menyusu dan Bekerja” akan dibincangkan bersama seorang Pakar Psikatrik dari Hospital Universiti Sains Malaysia. Program kali ini akan diadakan pada Sabtu, 7 Mei, 2005 bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor.
Sebagaimana yang kita maklum kebanyakan ibu bekerja sering berhadapan dengan tekanan di tempat kerja dan tekanan ini boleh menurunkan tahap pengeluaran susu ibu bagi kebanyakan ibu menyusu. Justeru itu, Dr Muhammad Najib Mohd Alwi akan mengupas topik istimewa ini khususnya untuk ibu-ibu yang bekerja agar dapat menangani sebarang tekanan yang dialami sepanjang seharian di tempat bekerja. Di akhir ceramah beliau, sebuah “hands-on exercise” akan dikendalikan untuk berlatih menangani tekanan dengan kaedah yang betul. Sebagai tambahan kepada perbincangan topik ini, sedikit tips akan diberikan mengenai pengurusan waktu di dalam pengendalian penyusuan untuk ibu bekerja.
Cadangan Agenda:
10:30 pagi – Pendaftaran peserta
Sila pastikan anda telah mendaftar secara online untuk menjadi peserta
11:00 pagi – Ceramah oleh Dr Muhammad Najib
12:00 tghr – Latihan praktikal pengurusan tekanan dan tips pengurusan masa
12:30 tghr – Menjamu selera
1:00 petang – Cabutan Bertuah Sempena Hari Ibu
1:15 petang – Aktiviti bebas, peserta digalakkan bertukar fikiran sesama peserta dan mengambil kesempatan untuk bertanya lanjut sebarang permasalahan dengan Pakar jemputan.
Sedikit jualan juga akan di adakan diakhir program, peserta boleh mendapatkan pelbagai produk berkaitan penyusuan susu ibu di sana
Untuk program kali ini, kami terpaksa mengenakan sedikit yuran kemasukan untuk menampung perbelanjaan tempat dan makanan. Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:
Yuran Kemasukan Peserta: RM38
Yuran Kemasukan Pasangan: RM30
Kami amat menggalakkan setiap peserta untuk datang berpasangan agar maklumat yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama kerana kami percaya untuk menjayakan proses penyusuan, ianya haruslah dibantu dan disokong oleh suami masing-masing.
Setiap peserta program akan diberikan sedikit cenderahati. Cabutan bertuah sempena Sambutan Hari Ibu juga akan dijalankan pada akhir program ini. Berdaftarlah sebagai peserta pada hari ini juga kerana tempat adalah terhad. Klik Buku Pendaftaran untuk mendaftar sebagai peserta.
Untuk makluman lanjut mengenai program ini hubungi:
Kamariah – 012-2903775 – kamariah@susuibu.com
Rita – 013-3639567 – rita@momslittleones.com