Untuk kali ketiga, SusuIbu.com dan MomsLittleOnes akan menganjurkan satu lagi Program Penggalakan dan Sokongan Penyusuan SusuIbu. Pada sessi kali ini, tajuk perbincangan adalah ‘Menangani Permasalahan Penyusuan Susu Ibu’ atau ‘Overcoming Breastfeeding Problem’. Pada kali ini, satu sesi terapi secara praktikal akan ditunjukkan dengan menggunakan teknik Guasar untuk menangani masalah kekurangan susu. Program kali ini akan diadakan pada 16 Julai, 2005 di Sri Petaling. Lihat peta di sini.
Berikut adalah jadual agenda yang telah dirancangkan:
10:00 pagi – Pendaftaran Peserta
10:30 pagi – Ceramah ringkas mengenai permasalahan penyusuan dan teknik-teknik untuk menanganinya oleh Puan Rita Rahayu
11:15 pagi – Penerangan Teori mengenai Urutan Guasar oleh Puan Bibi Khor
11:45 pagi – Demonstrasi dan praktikal teknik Urutan Guasar (kaum bapa yang hadir dijemput menghadiri demonstrasi berasingan khusus untuk kaum bapa)
12:30 tghari – Makan tengahari dan aktiviti bebas
2:00 petang – Majlis Bersurai
* Memandangkan aktiviti kali ini adalah percuma, peserta digalakkan untuk membawa ‘pot luck’ untuk hidangan makan tengahari