Tidak sampai seminggu lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Aidil Fitri. Kepada kaum ibu yang telah berjaya menyusukan anak maisng-masing walau dalam keadaan penat, lapar dan dahaga di bulan puasa, SusuIbu.com mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas. Sesungguhnya pengorbanan ibu-ibu sekalian, hanya Allah sahaja yang layak membalasnya. Ingatlah selalu, bahawa segala usaha yang dijalankan Lillahi Taala akan dikurniakan keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala.
SusuIbu.com juga ingin mengambil kesempatan ini, memohon maaf di atas segala kekurangan di dalam Web Portal ini. InsyaAllah, kami akan cuba memperbaiki kandungannya untuk faedah kita bersama di masa akan datang.
Sempena dengan sambutan Aidil Fitri kali ini, buat julung kalinya, SusuIbu.com ingin mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahlinya. Walau bagaimanapun, tempat, tarikh dan masa masih belum ditetapkan. Kepada ahli-ahli SusuIbu.com yang ingin menghantarkan cadangan mengenai agenda ini, silalah berhubung terus dengan WebMaster di webmaster@susuibu.com.