Salam dari Amerika

Original Image Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada mana-mana pengunjung SusuIbu yang cuba menghubungi saya tetapi tidak berjaya. Untuk pengetahuan semua, saya dan suami sekarang berada di Amerika Syarikat selama 17 hari. InsyaAllah akan pulang ke tanahair pada 13 Disember ini.

Disebabkan berlainan waktu siang dan malam serta jauh, saya tidak dapat menjawab panggilan dari Malaysia yang saya tidak kenalpasti. Kemungkinan besar ramai juga yang datang dari ahli SusuIbu.com atau pembeli barangan di Kedai SusuIbu.com. Sekali lagi saya mohon maaf di atas ralat ini.

Sepanjang berada di sini, banyak pengalaman yang saya timba. InsyaAllah akan saya kongsi bersama ahli di SusuIbu.com sekembalinya saya ke sana.

Sekarang saya berada di Washington DC dan berkesempatan untuk berkunjung ke Breastfeeding Centre di sini. Original Image Di sini saya melihat bagaimana kaunseling diberikan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam penyusuan. Kelas secara berjadual juga turut diadakan. Pada kiraan saya, konsep sebegini ada yang telah dijalankan dan ada yang boleh diperbaiki untuk pusat kaunseling di Malaysia.

Saya juga sempat membeli beberapa buku rujukan yang saya kira amat bersesuian dijadikan panduan ibu-ibu menyusu. Antaranya, “The Fussy Baby – How to bring out the Best in your High-need Child”, “Mother Food – For Breastfeeding Mothers from around the world”, “Working without Weaning – A working mother’s guide to breastfeeding”.

Salah satu berita menyentuh hati yang saya ikuti di sini, seorang ibu, Kati Kim telah menyusukan dua anaknya, selama 9 hari sepanjang terkandas di dalam cuaca sejuk untuk memastikan kedua anaknya terus hidup. Walau bagaimanapun, suaminya James Kim dijumpai mati setelah dua hari pencarian berikutnya akibat kesejukan melampaui yang dilalui semasa mencari pertolongan. Berita ini membuktikan, susu ibu amat bernilai di saat-saat kecemasan. Baca berita lanjut di sini..

Semoga berjumpa lagi di Malaysia. Salam dari Amerika!