SGM Kedua Lebih Menyengat

Original Image

Alhamdulillah seramai 45 orang peserta telah menyertai program Support Group Meeting yang dianjurkan oleh SusuIbu.com pada 28 Mac 2010 baru-baru ini. Ternyata SGM2 lebih mantap dan mendapat sambutan yang sungguh meriah! Kali ini, topik yang dibincangkan adalah Managing Myths in Breastfeeding.

Para peserta mula hadir seawal jam 9 pagi. Mereka bukan sahaja datang bersendirian , malah ditemani oleh seluruh keluarga yang sama-sama menyokong aktiviti ini. Seperti SGM yang lalu, para perserta tidak datang dengan tangan kosong. Pelbagai jenis makanan/minuman serta kelengkapan berkelah dibawa untuk dikongsi bersama. Tetapi, niat di hati mereka hanyalah satu, ingin menimba dan berkongsi ilmu bersama kenalan yang hadir.

Lebih kurang jam 9:30 pagi peserta yang hadir telah membahagikan diri masing-masing kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang moderator. Masing-masing kelihatan bersemangat sekali berkongsi maklumat dan pendapat membincangkan topik yang diberikan. Topik mitos atau salah tanggap dalam masyarakat ini memang satu topik yang hangat. Bermacam-macam mitos telah diketengahkan. Misteri disebalik setiap mitos telah cuba dibongkar. Fakta sebenar cuba dicari agar dapat diterangkan kembali kepada yang empunya mitos.

Original Image
Kumpulan 1

Kumpulan pertama dikendalikan oleh Puan Nor Kamariah (@mama). Seramai 14 orang ibu telah menyertai kumpulan ini, iaitu Najwa Mohd Adnan (@umiazra), Nurul Akmal Mohamad Yusoff (@jahraa), Nurzuhaila Jamaludin (@amnila), Nurul Azean (@rlecgurl), Zakirah Zulkifli (@miumiu), Nor Hidayati Saleh (@mummyaisya), Azrina Mohd Tajul Ariffin (@mamaAna), Nor Hanidah Husaini (@hanidah), Nazaha Idris (@mamiaza), Nik Zaleha Nik Mustapha (@niznim), Haslinawati Besar Sa’aid (@lisamila), Syafila Md Sariff (@syafila), Wan Mardiana Wan Mahtar (@ibuimran), dan Azian Masiron (@ibu_umar).

Original Image
Perbincangan Kumpulan 1

Antara mitos yang dibincangkan dalam kumpulan ini adalah: 1) Susu akan semakin berkurangan apabila diperah. 2) Susu di sebelah kanan ialah nasi, dan di sebelah kiri ialah air. 3) Bayi lelaki lebih kuat menyusu daripada bayi perempuan. 4) Menyusu ketika mengandung boleh menyebabkan keguguran. 5) Menyusu melebihi 2 tahun, susu tersebut jadi darah. 6) Bayi yang baru lahir tidak cukup susu, dan mereka sering menangis.

Original Image
Kumpulan 2

Kumpulan kedua pula dikendalikan oleh Puan Hayatie Hashim (@hayatie). Seramai 15 orang ibu menyertai kumpulan ini iaitu Haryati Hussin (@amyatie), Lela Suhaili (@elyhasrul), Afizah Abd Rahman (@fiza79), Hazarina Ishak (@tumitu), Ku Roszilawati Ku Aziz (@luvhaziq), Nora Herni Abdul Halim (@hernie), Norzie Nanie Bahari (@issnanie), Ismazura Sapuan (@aju175), Wan Noraliza Wan Yaakup (@babyripp), Wan Noorhana Wan Yaakup (@sistaripp), Azizah Mohd Amin (@ummi_ilyas), Nur Shazura Roslan (@nurshazura), Mariny Lubna Mohamed Arif (@nina), Haslinda Hamdan (@chikleen), dan Farrah Rahim (@dayangku).

Original Image
Perbincangan Kumpulan 2

Di dalam kumpulan ini pula, antara mitos yang dibincangkan ialah: 1) Menyusu ketika mengandung boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan anak yang dikandung. 2) Susu badan akan kering jika kerap mengepam. 3) Faktor keturunan yang tidak mempunyai banyak susu badan. 4) Makruh menyusu badan melebihi 2 tahun kerana susu tidak berkhasiat lagi. 5) Susu ibu tidak berkhasiat sama ada susu cair atau susu pekat. 6) Saiz payudara tidak menjadi penghalang. 7) Kolostrum tidak berkhasiat dan harus dibuang kerana warnanya kuning dan tidak menyerupai susu.

Original Image
Kumpulan 3

Kumpulan ketiga pula dikendalikan oleh Puan Zatul Hijanah (@zatul77). Seramai 13 orang ibu telah mengikuti kumpulan ini iaitu Zana (@Uaisyah), Ayu (@ayukhairy), Iera (@ierazul), Aini (@royalcream), Fid (@lovebaby), Nurul (@mamafaris), Habibah (@habibah), Nuha (@ibunadin), Najwa (@secret), Radhiah, Hanis (@honeys), Hafizah dan Najwa.

Original Image
Perbincangan Kumpulan 3

Di dalam kumpulan ini pula, dibincankan bahawa banyak pengaruh luar yang boleh membantutkan proses penyusuan seperti mertua, ibu bapa sendiri, kawan-kawan dan saudara-mara. Antara mitos yang diperkatakan ialah: 1) Faktor keturunan yang kekurangan susu badan. 2) Susu yang diperah tidak bersih/basi. 3) Tiada puting. 4) Susu badan yang tidak cukup perlukan makanan tambahan dan rajin mengepam. 5) Beri air kosong / masak agar mudah membuang air besar. 6) Menyusu anak adalah satu masalah.

Sepanjang program ini berlangsung kaum bapa telah mengambil inisiatif duduk berkelompok seolah turut ikut serta dalam SGM yang sedang berlangsung. Sayang gambar tidak sempat dirakamkan. Nampaknya, pada SGM akan datang, kaum bapa memerlukan moderator untuk menjalan aktiviti dalam kumpulan bapa pula!

Perjumpaan kali ini turut diserikan oleh wakil dari Malaysian Baby Wearers (MBW), iaitu Puan Liza Yaakup. Beliau telah berkongsi maklumat mengenai isu keselamatan semasa menggunakan peralatan gendongan. Untuk artikel penuh tentang isu ini, boleh klik di sini.

Original Image
Demonstrasi daripada MBW

Seperti biasa juga beberapa ahli MBW telah turun ke padang mendemonstrasi beberapa jenis alat menggendong bayi serta teknik yang betul dalam penggunaannya. Ibu-ibu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri dan mendapat tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman ini.

Seperti biasa, acara ini diakhiri dengan santapan santai hasil sumbangan semua yang hadir. Sempat juga diselitkan acara menyambut ulangtahun kelahiran adik Irfan bersama ibu-ibu dan anak-anak SusuIbu.com yang lain. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh serta terus menyokong aktiviti memperjuangkan penyusuan ibu 🙂

Original Image

Original Image

Original Image

Untuk pengetahuan semua, program Playgroup yang sepatutnya diadakan bersama pada hari tersebut terpaksa dibatalkan. Ini adalah kerana, Teacher Farah, selaku fasilitator playgroup tersebut tidak dapat hadir kerana ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pada jam 9.37 pagi. Takziah kepada Teacher Farah dan keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNYA.

(Kepada semua yang telah mendaftarkan anak mereka untuk playgroup, dan telah membuat pembayaran, sila email kepada webmaster@susuibu.com atau hubungi kami jika ingin menuntut kembali wang atau ingin meletakkan nama anak anda ke SGM akan datang)

Akhir kalam, kami di SusuIbu.com sangat berbangga dengan sambutan dan komitmen yang telah diberikan oleh setiap yang hadir. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong program ini. Semoga bertemu lagi pada SGM akan datang pada bulan hadapan!