SGM Keenam – Ramai ahli baru yang turut serta!

Original Image

Alhamdulillah…Pada 25 Julai yang lalu, seramai 43 orang peserta dan 3 orang moderator telah menghadiri Support Group Meeting yang dianjurkan oleh SusuIbu.com. Topik yang dibincangkan pada kali ini adalah lebih kepada ibu-ibu yang tiada pengalaman menyusukan anak semasa berpuasa. Topik hangat yang dibincangkan pada kali in ialah, Coping with Breastfeeding during Ramadhan.

Para peserta mula membanjiri tapak perbincangan, Tasik Cempaka, Bangi seawal jam 9.00 pagi. Perjumpaan semakin meriah dengan kehadiran ramai peserta baru, iaitu ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata. Mereka datang bersama seisi keluarga, juga membawa pelbagai hidangan untuk semua yang hadir.

Original Image

Kumpulan pertama dikendalikan oleh Puan Zarina dan dibantu oleh Puan Nor Kamariah. Seramai 18 orang peserta menyertai kumpulan ini iaitu Nurhidayu (@ayukhairy), Nur Halinna, Siti Ainani (@ainani), Nadia (@makkhidir), Ahmad Ajwad (@ddirsyad), Najwa Salwana (@secret), Siti Norhuda, Noor Salinda (@ummialif), Nor Akmal (@nora2708), Munirah, Siti Zuriati (@ting ting), Ros Syakimah (@ma_shakey), Maznaliza (@dakejet), Nur Shahirah (@ierazul), Nurzuhaila (@amnila), Nor Wahieda (@wahiedaa), Nur Syazwani (@mummyzara) dan Norfaizah (nfat75).

Perbincangan kumpulan ini berkisar tentang bagaimana ibu yang sedang menyusu boleh meneruskan penyusuan semasa menjalani ibadah puasa. Kebanyakan ibu yang baru pertama kali akan melalui pengalaman ini melahirkan rasa gundah mereka tentang keupayaan mereka untuk melaksanakannya. Beberapa orang ibu yang pernah melaluinya berkongsi pengalaman mereka yang lalu. Kemudian, perbincangan beralih kepada tips aktiviti sihat yang boleh dijalankan seisi keluarga agar si ibu tidak berasa terlalu penat sepanjang tempoh berpuasa. Sempat juga dibincangkan hukum berpuasa bagi ibu yang sedang mengandung dan/atau yang sedang menyusu. Semua ibu harus faham keadaan dan keupayaan masing-masing dan buat keputusan mengikut keadaan tersebut. Seseorang ibu haruslah memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Makanan tambahan boleh diambil sebagai usaha untuk membantu ibu mengekalkan kesihatan dan memberikan lebih tenaga kepadanya. Selain daripada itu, sesetengah ibu telah mula menyediakan stok beberapa minggu lebih awal. Usaha ini sebenarnya secara tidak langsung akan meningkatkan ‘demand’ pengeluaran susu dan akan memberi kesan positif apabila ibu menjalani ibadah puasa kelak.

Original Image

Kumpulan kedua dikendalikan oleh Puan Hanidah (@hanidah) dan dibantu oleh Puan Hayatie (@hayatie). Kumpulan ini disertai oleh 14 orang peserta iaitu Rafieza (@fadza), Azliza (@zaza), Aliyya (@aliyya), Cik Rafidah (@lovebaby), Nik Zaleha (@niznim), Nurul Akmal (@jahraa), Safinaz (@safinaz72), Nor Iza, Noraini Isa (@AiniIsa), Nor Azreena (@azreena), Zatul Hijanah (@zatul77), Nora Herni (@herniHPA), Azizah (@ummi_ilyas) dan Yusrina (@yus_azlan).

Kumpulan ini pula membincangkan tentang persediaan untuk menghadapi Ramadhan, makanan yang perlu diambil ketika bersahur dan berbuka, dan juga waktu yang sesuai untuk memereh susu mereka. Ibu-ibu perlu membuat persediaan dari segi fizikal dan mental. Mereka perlu memastikan keadaan tubuh badan sentiasa sihat dan sentiasa yakin boleh menyusukan anak walaupun berpuasa. Mereka juga perlu memastikan stok susu cukup untuk anak mereka sepanjang Ramadhan. Waktu yang sesuai untuk memerah susu adalah pada waktu sahur dan memerah lebih pada waktu malam. Pada siang hari, mereka boleh memerah seperti biasa ketika di pejabat jika mereka mengikut cara pemakanan yang berkhasiat. Makanan yang perlu diambil pada waktu sahur ialah banyakkan minum air, makan nasi serta lauk yang berkhasiat dan juga memakan kurma. Manakala makanan yang boleh diambil ketika berbuka ialah makanan berkhasiat dan makanan yang dimasak sendiri adalah lebih baik. Minuman kurma dikisar bersama susu segar adalah antara pilihan ramai ibu dalam perbincangan ini.

Original Image

Kumpulan ketiga iaitu kumpulan bapa-bapa dikendalikan oleh Puan Rita Rahayu. Seramai 9 orang bapa telah menyertai kumpulan ini iaitu Encik Zaki, Encik Muslim, Encik Razak, Encik Farid, Encik Ali, Encik Nazri, Encik Azwan, Encik Afif dan Encik Rasyedi.

Original Image

Kumpulan bapa-bapa pula membincangkan tentang kerisauan dan tindakan yang boleh diambil untuk membantu isteri mereka. Banyak perkara yang mereka risaukan untuk menghadapi Ramadhan ini iaitu bayi mereka akan tidak cukup susu yang mana boleh menyebabkan mereka membeli susu formula. Jadi, mereka perlu membantu isteri mereka dari segi psikologi dan juga membantu membekalkan makanan yang berkhasiat seperti memakan kurma, lobak putih, oat, sengkuang cina, longan, soya dan makanan yang kaya dengan protein.

Perjumpaan kali ini diakhiri dengan demonstrasi yang dibawa khas oleh wakil MBW. Para peserta memberi perhatian sambil menikmati juadah yang ada.

Original Image

Kami di pihak SusuIbu.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan sentiasa menyokong program kami ini. Diharapkan agar SGM akan datang sentiasa meriah dengan kehadiran anda semua. Sehingga bertemu lagi dan kami mengucapkan ‘Selamat Menjalani Ibadah Puasa’. Amalkan pemakanan yang betul untuk kesihatan anda dan bayi anda.