SGM 1 : The Wonder Of Breastfeeding
24 September 2011 at 8.00 am
Perdana Park, Tg. Aru, Kota Kinabalu
Alhamdulillah, setelah sekian lama cadangan demi cadangan untuk mengadakan Support Group Meeting (SGM) di Sabah, alhamdulillah, buat julung kalinya, berjaya juga SGM 1 yang telah diadakan pada 24 September baru-baru ini. Seramai 5 orang PC hadir yang berperanan sebagai moderator dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran 11 orang ibu yang bersemangat demi memartabatkan penyusuan susu ibu. Memandangkan ini adalah SGM yang julung-julung kalinya diadakan, majlis dimulakan dengan ‘ice breaking’ secara simple. Sambil-sambil berkenalan, ibu-ibu diminta untuk bercerita secara ringkas tentang pengalaman dalam perjalanan penyusuan susu ibu masing-masing. Siapa sangka, masing-masing mempunyai pengalaman yang berbeza. Namun, apabila ibu sesama ibu yang mempunyai ‘spirit’ yang sama berkumpul dalam kumpulan kecil seperti ini, kita tidak merasa bahawa kita ‘berperang sendiri’. Rupanya kita ada ibu lain yang saling menyokong antara satu sama lain.
Tajuk yang dibincangkan pada hari tersebut ialah “The Wonder Of Breastfeeding” di mana ibu-ibu dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dikehendaki berdiskusi tentang Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Terhadap Bayi. Kumpulan 2 dikehendaki membincangkan tentang Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu. Manakala, Kumpulan 3 dikehendaki mencari Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Masyarakat. Selepas itu, ibu-ibu diminta untuk membentangkan secara ringkas hasil perbincangan masing-masing.
Di sini adalah koleksi gambar ibu-ibu yang hadir…
Sesi perbincangan
Bakal ibu. Hadir dengan satu niat, niat ingin menyusukan anak yang bakal lahir. … “aminnnn”
Dayah & Mawa, bakal-bakal ibu suatu hari nanti, turut sama hadir dalam memberi sokongan 🙂
Alhamdulillah, selesai sudah SGM yang pertama. Semoga SGM akan datang, lebih ramai ibu yang akan sama-sama meberi sokongan dan lebih banyak ilmu penyusauan susu ibu yang akan di gali pada SGM akan datang.
Salam sayang,
SabahPC
http://susuibusabah.blogspot.com/