SusuIbu.com diiktiraf di Kongress PPPLM

Original Image Pada 6 April, 2008 yang lepas, Kongress Persatuan Pakar Laktasi Malaysia berlangsung untuk kali ke 5. Antara wakil SusuIbu.com yang hadir semasa kongres tersebut adalah, Dr Nazatul Shiha, Puan Syahrul Zuhara, Puan Ida Murni dan saya sendiri. Saya pula berpeluang menyampaikan satu ceramah bertajuk, ‘Role of Support Group & NGOs Towards Exclusive Breastfeeding Goal’. (Saya katakan berpeluang kerana menjadi penceramah bidan terjun!)

Alhamdulillah di penghujung ceramah saya (penyediaan bahan ceramah turut dibantu oleh Dr Shiha dan Puan Syahrul), saya menerima beberapa soalan mengenai peranan SusuIbu.com dan hala tujunya. Ramai yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai SusuIbu.com.

Kehangatan di kongres semakin terasa apabila, nama SusuIbu.com disarankan agar dimasukkan ke dalam senarai Kumpulan Sokongan di dalam risalah hospital masing-masing. Saya sifatkan ini adalah rezeki yang datang bergolek kerana mendapat peluang untuk mempromosi SusuIbu.com secara percuma. Alhamdulillah!