Tahun 2005 baru sahaja menjelma. Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kedatangan tahun baru diiringi dengan pelbagai azam baru. Bagi SusuIbu.com azam barunya adalah untuk menjadikan laman portal ini sebuah laman interaktif yang boleh mendekati setiap lapisan masyarakat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan penyusuan susu ibu.
Kalau setakat berazam sahaja, pasti tidak mencukupi. Setiap azam mestilah diiringi dengan usaha yang berlipat kali ganda agar azam dan usaha itu akan membuahkan hasil dan kejayaan. Bagi SusuIbu.com, beberapa program telah diatur untuk penggal pertama tahun 2005 ini. Antara program menarik yang akan dilancarkan adalah Program Penggalakan Keahlian SusuIbu.com, Program Promosi Kembali Bekerja, Pelancaran Baju dari Butik SusuIbu.com – “Muslimah Nursing Wear”, dan banyak lagi promosi menarik barangan keperluan ibu-ibu menyusu.
Kami di SusuIbu.com amat berharap ketibaan tahun baru ini akan membawa seribu keberkatan dan kekuatan bagi membolehkan web portal ini berkembang pesat dan dikenali oleh lebih ramai lagi pengunjung.Semoga tahun 2005 ini akan mengukir lebih banyak sejarah di dalam diari SusuIbu.com dan sebagai timbal balas kepada masyarakat setempat, kami berdoa agar SusuIbu.com akan menjadi sumber rujukan ulung komuniti penyusuan susu ibu, khususnya masyarakat di Malaysia.