SGM1 – Pengasuh : Peranan dalam menjayakan penyusuan ibu

Original Image

Buat pertama kalinya, SGM diadakan buat pengusaha dan pengasuh taska.. SGM pertama ini dibuat di Taska Ubudiyah, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 19 orang peserta telah menghadirinya dan mereka terdiri daripada 4 orang pengusaha dan 15 orang pengasuh taska. Moderator yang mengendalikan SGM@Taska ini ialah Pn Norashida Abdul Rahman dan Pn Yusrina Mohamat Hata.

Apa yang menarik dalam SGM@Taska ialah ia tidak seperti SGM lain yang pernah dianjur atau dibuat sebelum ini. Walaupun namanya SGM tetapi ia lebih kepada Latihan Dalam Kumpulan (LDK), namun lebih santai. Sesi bermula pada jam 10 pagi. Dimulakan dengan sesi memperkenalkan MBfPC dan Moderator kepada para peserta. Sesi taaruf dilanjutkan kepada para peserta.

Selepas sesi taaruf, setiap peserta diberikan sekeping kertas dan mereka dikehendaki untuk menulis objektif mereka hadir ke sesi pagi itu. Kemudian, mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan 1 peranan/watak yang sinonim dengan taska iaitu bayi, ibubapa dan pengasuh. Mereka dikehendaki mendalami watak yang diberi dan memberikan pandangan dan harapan mereka (mengikut watak) mengenai penyusuan ibu di taska.

Kaedah ini dibuat begini supaya peserta lebih memahami peranan setiap watak dan seterusnya mereka dapat memahami betapa besar dan tanggungjawab mereka dalam membantu menjayakan penyusuan ibu bagi ibu-ibu yang menghantar si kecil ke taska masing-masing. Selesai berbincang, setiap wakil dari kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Moderator mengulas pada setiap sesi selepas wakil selesai membentang.

Sesi ini dilanjutkan kepada sesi berbincang dan akhirnya ke sesi jamu perut! Pemilik Taska Ubudiyah telah menyediakan nasi lemak buat santapan tengahari. Tidak lupa juga sesi bergambar beramai-ramai. Komen dan Pn Intan dari Taska Idora, beliau sangat teruja untuk berkumpul lagi terutamanya bersama dengan penguasaha taska lain. Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan, berkongsi cerita dengan pengusaha taska yang lain dapat membantu beliau untuk menguruskan taska beliau dengan lebih baik lagi.

InsyaAllah, sekiranya tiada halangan, diharap sesi ini dapat dipanjangkan ke tempat yang lain pula!

Oleh : Yusrina Mohamat Hata, MBfPC